Antara yang boleh membawa kebahagian kepada seseorang ialah apabila dia sibuk memikirkan keaiban dirinya sendiri sehingga tidak sempat memikirkan keaiban orang lain.
Wednesday, July 21, 2010
Sunday, July 11, 2010
Fatwa ESQ : Mana Yang Serabut ?
Sejak dari itu, ESQ sudah saya abaikan dari perhatian, khususnya apabila mereka telah menubuhkan majlis penasihat Shariah sendiri. Bagi saya, urusan semua peserta ESQ dan pengurusan ESQ di hadapan Allah sudah dipindahkan kepada bahu lima orang penasihat Shariah itu. Jika masih ada yang sesat atau menyeleweng, mereka lima orang itulah yang akan menanggungnya dahulu, diikuti oleh penggerak utama.
HANGAT SEMULA
Kini, ESQ digugat lagi oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Saya kira mungkin ada baiknya juga, biar pihak ESQ lebih celik mata untuk menapis kandungan ESQ dengan lebih rapi. Perlu ingat, bukan hanya kandungan, tetapi juga implementasi. Kandungan betul boleh sahaja disampaikan dalam bentuk yang salah dan tidak menepati hukum Islam. Warta Mufti Wilayah itu juga mungkin boleh membuka peluang kepada pelbagai ilmuan dari pelbagai aliran untuk campur tangan, menyemak dan membetulkan apa yang sudah ada di dalam ESQ. Dari tinjauan saya di akhbar online hari ini dan semalam (9-10 Julai 2010), pelbagai pihak berkuasa agama mula berjanji melakukan semakan lagi terhadap ESQ.
Ada yang menggaru kepala bila membaca kenyataan ini (http://www.bharian.com.my/
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu yang dihadiri mufti-mufti memutuskan ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak bertentangan dgn ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. "
Lalu, mengapa Mufti Wilayah berbeza?
Tidak perlu dipelikkan, sejak dahulu pun Mufti negeri tidak semestinya sependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, lihat sahaja jawatankuasa rasmi fatwa kerajaan Negeri Selangor tahun 1993 yang dipengerusikan oleh Al-Marhum Dato' Hj Ishak baharom berkenaan ASB (buka halaman 14). Pandangannya tidak sama dengan mufti yang lain. Buka di :
http://www.muftiselangor.g
Malah mufti Perlis lebih banyak berbeza pandangan dengan mufti-mufti lain sejak dari dahulu lagi. Itu kerana mereka berlainan ‘kem' (muda dan tua). Tetapi apa yang menarik dalam isu ASB dan ESQ kali ini, mufti yang berbeza pandangan adalah dari satu ‘kem', iaitu ‘kem kaum tua' dalam kata lain BOLEH DIKATAKAN IA IBARAT Mufti Wilayah vs Mufti Perak. Keduanya dari kem yang sama, malah juga dari aliran politik yang juga sama. Walau ia kelihatan negatif, namun ia juga merupakan satu perkembangan yang baik dalam dunia intelektual. Sukar sebelum ini dijumpai atau dibenarkan berbeza pendapat di kalangan mereka. Ia sebuah petanda, perkembangan ilmu masih wujud.
PERBEZAAN PANDANGAN MUFTI
Hal yang sama kini berlaku dalam bab ESQ, walau mufti-mufti lain bersetuju dengan ESQ, adalah menjadi hak Mufti Wilayah dan jawatankuasa fatwanya untuk berbeza pendapat. Cuma harapan saya semasa membaca warta itu adalah, hujah-hujah di sebalik pengharaman dan penyesatan itu mestilah kukuh, tepat, jitu dari hasil kajian teori dan lapangan. Justeru, saya mengharap penemuan baru yang jitu dan tepat akan disampaikan di dalam warta rasmi fatwa itu.
Malangnya, apabila saya membaca warta tersebut, sebahagian besar kandungan kelihatan ‘outdated', malah adakalanya kelihatan ‘sebiji' dengan hujah yang disebar di blog esqsesat.blogspot, sebuah blog yang ‘tidak bernama, tidak berpunya atau yang berpemilik tapi agak penakut, bimbang disaman'. Sifat blog tersebut menjadikan isinya tidak berautoriti.
Jika begitulah kandungan warta rasmi Mufti, saya bimbang ia selepas ini akan menjatuhkan sedikit krebiliti mufti sahaja di mata masyarakat umum khusus mereka yang berpendidikan tinggi dan mampu menganalisa. Namun jika itu diyakini oleh mereka sudah mencukupi, pihak terlibat wajar memberikan perhatian dan semakan lebih mendalam.
Pihak ESQ pula, tidak boleh mendabik dada dengan sokongan ulama Indonesia dan senarai panjang mereka. Jika mereka ingin terus bertapak kukuh, mereka perlu memberi respon baik dan ilmiah kepada inti warta itu, bukan hanya sekadar menyatakan "kami ada penasihat Syariah", "kami ada senarai ulama Indonesia yang menyokong", "ulama singapura" dan sebagainya. Penasihat Syariah ESQ perlu bekerja kuat untuk menulis bahan ilmiah ini dengan bijak dan tidak hanya duduk berehat sekadar menunggu wartawan datang, membiarkan pengurusan ESQ kelam kabut menangani masalah ini.
Apa yang perlu diberi perhatian, saya pernah bertanya kepada seorang trainer ESQ tahun lalu,
"Adakah jika perubahan dibuat maka ia akan dibuat bagi seluruh modul ESQ atau hanya bagi modul tertentu dan di malaysia sahaja, kerana ia memasuki pasaran Malaysia?"
Saya kurang ingat jawapannya, namun ia tidak begitu positif sehingga memberikan saya kefahaman dan kesimpulan berikut :
"Modul akan diubah mengikut permintaan dan restriction tempat sasaran masing-masing. namun yang asal belum pasti tertakluk kepada pelbagai aspek lain.."
Jika demikian, perubahannya adalah hanya form dan bukan susbstance. Wallahu'lam.
KESIMPULAN
Apa-apa salah tapi masih boleh diperbetulkan, jangan terus diharamkan khususnya jika ia terbukti boleh membawa kebaikan. Lebih cantik jika dihantarkan surat rasmi amaran mungkin, atau dipanggil berdiskusi secara tertutup terlebih dahulu. Bukankah Islam mengarahkan musyawarah dengan kedua-dua pihak sebelum keputusan dijatuhkan. Jika semua itu telah dilakukan, maka tiada cadangan saya tadi relevan lagi.
Pihak ESQ pula, jangan hanya menghantar Pak Ary berdiskusi dengan ulama dalam hal ini. Pak Ary bukan berpendidikan rasmi bidang agama, lalu laras bahasa yang digunakan mungkin berbeza, menyukarkan perbincangan menyebabkan pak ulama tidak dapat menangkap maksud mereka. Oleh itu, pastikan bawa sekali penasihat Shariah mereka yang tahu serba serbi berkenaan ESQ secara total (teori dan praktikal serta hujah bagi semuanya), agar mereka boleh menjadi lisan ketika menerangkan kepada para ulama.
Terus terang saya katakan, ketika saya menyemak ESQ tahun lalu (iaitu pada Mei 2009), saya diberikan jawapan bertulis Pak Ary kepada JAKIM dan Majlis Fatwa (kurangpasti). Namun banyak jawapannya tidak kemas pabila dianalisa menurut piawan ‘Ulum Aqidah, Fiqh dan Usul Fiqh. Malah ia juga tidak akademik. Mungkin ia kemas dari kacamata ilmu motivasi dan falsafah tetapi ia sama sekali tidak memuaskan dari tiga perspektif ilmu di atas. Sebab itu, respon Pak Ary perlu ditransformkan oleh Penasihat Shariah ESQ sebelum diserahkan kepada JAKIM, Mufti Wilayah atau mana-mana pihak berkuasa agama.
Kemudian pada feb 2010, saya difahamkan jawapan baru selepas transformasi dan semakan oleh majlis Shariah ESQ telah dibuat, ia mengandungi jawapan rasmi terhadap dakwaan yang terdapat dalam warta Mufti Wilayah. Anda boleh baca di sini (http://www.esqway165.com/w
Perbezaan pandangan ulama diakui sentiasa wujud maka fahamilah ini. Jika Wilayah berkeras dengan keputusan mereka, hormatilah hak mereka dan jangan dipaksa mereka mengubah warta mereka melalui pengaruh kuasa politik atau administrasi. Ia hanya akan menghancurkan tahap independent sesebuah badan berkuasa agama di dalam Negara kita. Bukankah sudah begitu system di dalam Negara kita?, setiap negeri diketuai oleh Sultan mereka, manakala urusan agama di Wilayah & Pulau Pinang diketuai oleh YDP Agung. Sebab itu ada negeri seperti Perlis yang berpendirian sedikit berbeza dengan negeri lain, itu juga hak mereka, jangan semudahnya menyesat dan mengutuk. Begitu juga sebaliknya.
Moga pembaca tidak terus keliru dengan perkembangan itu. Saya kira, selepas ini saya mungkin tidak akan mengulas apa-apa lagi berkenaan ESQ. Cukuplah ulasan panjang lebar tahun lepas dan ulasan ringkas ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/
Thursday, July 08, 2010
Natural Ways to Boost Your Metabolism
Natural Ways to Boost Your Metabolism
- by LIVESTRONG.COM, on Wed May 26, 2010 1:03pm PDT
Gain Muscle
The American Council on Exercise recommends resistance training for weight management. Think of your muscles as your body's engine. The bigger your engine, the more energy you can burn. Muscle, unlike fat, is active tissue that raises your metabolism just by being there. Adding a resistance training program is a sure method of naturally raising your metabolism. To make the most out of your time in the gym, train three days per week, training your entire body during each session. Use basic, compound exercises such as the leg press and shoulder press.
Keep Hydrated
Inadequate water intake can slow your metabolism. Water is responsible for several metabolic processes, including digestion, waste management and temperature regulation. The Mayo Clinic recommends drinking 2 liters of water daily. You can fight hunger as well as raise your metabolism by drinking a glass before each meal. To provide an extra boost, make sure your water is ice cold. Your body burns extra calories heating it up to room temperature.
Cardiovascular Exercise
Cardiovascular exercises such as walking, jogging and cycling are all effective ways to burn calories and keep your metabolism stoked. If you are just starting out, use a low-impact, low-intensity exercise such as brisk walking or moderate cycling. With more experience, you can graduate to jogging or intense cycling like spinning.
Coffee
Whether you realize it or not, you might already be waking up to an effective natural metabolism booster. The caffeine naturally present in coffee raises metabolism and can improve fat oxidation. Drinking a cup before exercise can also improve alertness and help fight fatigue.