Sunday, August 24, 2014

Saham

Tradesignum Screening klik

i3investor market screener klik

blog vdtby

Mindstock klik

Video panduan utk guna BS, klik




Tuesday, August 19, 2014

Syeikh Muhammad Hadi al-Madkhali - Fatwa Berkenaan ISIS

Syeikh Abdul Muhsin al-'Abbad - Nasihat Buat Mereka yang Mengkritik Syei...

Syeikh Abdul Muhsin Al-Abbad - Adakah Demonstrasi Hanya Haram Di Negara ...

Khawarij

Pendahuluan
Berdasarkan nas-nas syarac dan fakta-fakta sejarah, Khawarij dianggap sebagai kumpulan sesat yang terkeluar daripada kelompok Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah disebabkan ideologi dan tindakan mereka yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Meskipun pada zahirnya mereka nampak sangat beriltizam dengan ajaran agama, namun hakikatnya mereka telah terkeluar dari Islam melalui lidah Nabi s.a.w. sendiri.
Bahkan baginda menyatakan kesungguhan untuk memerangi dan menghapuskan mereka seluruhnya serta menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T bagi sesiapa yang memerangi mereka. Ulama firaq telah menggunakan beberapa istilah tertentu seperti al-Muhakkimah[2]ash-Shurah[3]al-Haruriyyah[4]al-Harariyyah[5]an-Nawasib[6] dan al-Mariqah[7]sebagai gelaran bagi puak khawarij yang memang ada signifikasinya tersendiri[8].
Gelaran khawarij moden bukan dilihat dari segi persamaan nama dan gelaran, kerana dalam konteks semasa tiada sesiapa lagi yang memakai gelaran-gelaran khawarij lampau. Tetapi apa yang dilihat sebenarnya ialah persamaan ideologi dan ciri antara kelompok-kelompok umat Islam semasa dengan puak khawarij terdahulu. Justeru, untuk mengetahui kelompok manakah yang menyamai puak khawarij serta layak untuk ‘ditabalkan’ sebagai khawarij moden, maka perlu difahami terlebih dahulu apakah definisi, ideologi dan ciri golongan khawarij itu.

Definisi
Perkataan khawarij dari segi bahasa adalah kata jamak bagi kharij, bermaksud ‘yang keluar’, manakala dari segi istilah ia ditakrifkan sebagai: golongan yang melucutkan ketaatan dan mengisytiharkan penentangan terhadap khalifah yang sah[9]. Dari segi sejarah, nama khawarij dikhususkan kepada kumpulan terawal yang melucutkan ketaatan terhadap Khalifah cAli Ibn Abi Talib r.a[10]. Para fuqaha Islam menamakan golongan penentang khalifah yang ada kekuatan pengikut sebagai bughah[11]cAbd Al-Qahir al-Baghdadi (M429 H) membahagikan mereka kepada 20 puak [12], namun, secara umumnya hanya tujuh puak sahaja yang dilihat sebagai puak utama, iaitu: al-Muhakkimah al-Ulaal-Azariqahan-Najdat, as-Sufriyyahal-cAjaridahal-Ibadhiyyah dan ath-Thacalibah, daripada tujuh puak inilah terpecahnya pelbagai cabang puak khawarij yang lain[13].
(Sumber Hafiz Firdauz) klik


Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).


Dalam satu riwayat yang lain Zul khuwaisirah telah bersikap biadap dengan menuduh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tidak adil. Sedangkan sikap orang yang beriman ialah bersikap sopan santun terhadap Nabi s.a.w..

“Dari Abu Barzah beliau ditanya: Apakah engkau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda tentang Khawarij? Ia menjawab: Ya! Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda dengan telingaku dan melihat dengan mataku. Baginda datang dengan membawa harta, lalu baginda membahagi-bahagikannya. Maka baginda memberi kepada orang-orang yang berada di sebelah kanan dan kirinya dan tidak memberikan kapada orang-orang yang berada di belakang baginda sedikitpun. Berdirilah seorang yang berada di belakang baginda lantas berkata: 
 
Wahai Muhammad! Engkau tidak adil dalam pembahagian. Dia adalah seorang lelaki yang berkulit hitamdengan rambut yang dicukur gondol dan memakai dua baju putih. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam marah dengan kemarahan yang bersangatan, kemudian bersabda: Demi Allah! Kamu tidak akan mendapat seorang setelahku yang lebih adil daripadaku. Kemudian baginda bersabda lagi: Akan muncul pada akhir zaman suatu kaum seolah-olah ia dari mereka (orang-orang yang menentang kepimpinan Rasulullah). Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi tenggorokan mereka, terlepas dari Islam seperti terlepasnya anak panah dari busurnya, ciri-ciri mereka ialah bercukur gondol, mereka akan sentiasa bermunculan sehingga akan keluar orang yang terakhir bersama al-Masih ad-Dajjal. Jika kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka. Mereka seburuk-buruk makhluk dan ciptaan”.

(Hadis Riwayat Ahmad No. 429 dan An-Nasai No. 4104)


Orang-orang Khawarij dan pengikut fahaman ini kuat ibadahnya, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat, tetapi mereka dimurkai Allah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda :
 يُخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ اُمَّتِيْ يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهِمْ لاَتَجَاوِزُ صَلاَتِهِمْ تَرَاقِيَهُمْ

“Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”.
(Hadis Riwayat Muslim No. 1066)



Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda : 

 يُحْسِنُوْنَ الْقِيْلَ وَيَسِيْئُوِنَ الْفِعْلَ يَدْعُوْنَ اِلَى كِتَابِ اللهِ وَلَيْسُوْا مِنْهُ فِى شَيْىءٍ.

“Membaguskan perkataan tetapi buruk perbuatannya. Mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”.
(Hadis Riwayat Ahmad No. 224)



Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda mengenai Khawarij : 
سَيَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ اَحْدَاثُ اْلاَسْنَانِ ، سُفَهَآءُ اْلاَحْلاَمِ ، يَقُوْلُوْنَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِّيَّةِ ، يَقْرَاُوْنَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ ، يَمْرُقُوْنَ مِنَ الدِّيْنِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهَمَ مِنَ الرَّمِيَّةِ


“Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, 
 
umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar dari agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya”.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3611 dan Muslim No. 1066)


Rasulullah bersabda :
 يَقْتُلُوْنَ اَهْلَ اْلاِسْلاَمَ وَيَدُعُوْنَ اَهْلَ اْلاَوْثِانِ

“Mereka (Khawarij) membunuh (memerangi) ahlul Islam, tetapi membiarkan para penyembah berhala”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari No. 3644, Muslim No. 1064. Lihat : Sahih Al-Jami’ No. 2227, Nasiruddin Al-Albani.)

Ibnu Qayyim mensifatkan golongan Khawarij :
 
وَلَهُمْ نُصُوْصٌ قَصَّرُوْا فِى فَهْمِهَا
فَاُتُوْا مِنَ التَّقْصِيْرِ فِى الًعِرْفَانِ


“Mereka hafal nas-nas namun dangkal pemahamannya.
Sehingga mereka diberi kekurangan dalam ilmunya”.
 






Saturday, August 09, 2014

Menggabungkan PDF

Gunakan pdfsam..
download aplikasi pdfsam disini