Monday, September 28, 2015

Ustaz Emran

Berhati-hati dalam mengeji dan memuji seseorang
Pesan Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi'i rahimahullah ;
فأهلُ السنة في القديم والحَديث يَتَحرون غَاية التحري فَلا يَقدحُون إلافيمن يَستَحق القدح،ولا يُعدلون إلا لمن يستحق التعديل.
Adapun ahli sunnah baik pada zaman dahulu dan sekarang, mereka itu adalah orang yang sangat berhati-hati. Justeru mereka itu tidaklah mencela atau memburukkan seseorang kecuali kepada orang yang berhak dicela dan tidak pula memuji kecuali kepada orang yang sememangnya berhak dipuji.
[Tuhfatul Mujib 'ala As'ilati al-Hadhiri wal Gharib]
# Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT ;
فَلا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى {النجم: 32}
"Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. " (Al-Najm : 32)
Boleh jadi orang yang kita puji itu dicela oleh Allah, boleh jadi orang yang kita keji itu pula yang dicintai oleh Allah, hanya Dia yang maha mengetahui, bukannya kita!

Kita akan bersama dengan orang yang kita cintai
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;
أنت مع من أحببت
Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.
[Riwayat Muslim]
# Cinta itu menjadikan seseorang akan mengikuti jejak langkah insan yang dikasihinya, menirunya dan ingin menjadi sebahagian daripadanya.
Orang yang beriman sangat-sangat mencintai Allah dan rasul-Nya, justeru mereka pun mengikuti perintah Tuhan dan sunnah Nabi-Nya!
Ustaz Emran Ahmad

Friday, September 11, 2015

HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS LEMAH DAN PALSU

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya

Sunday, September 06, 2015