Kepada yang berminat nak baca bible pun boleh, apa salahnya. Jangan takut pada ilmu, cuma mereka yang berada dalam kejahilan dan malas berfikir sahaja akan takut pada ilmu. Saya telah terdedah kepada bible sejak kecil lagi, sebab dikampung saya, 99 % adalah Kristian, cuma emak, saya dan kakak saya sahaja yang Islam. Saya selalu melihat gambar "Yesus" disalib dan sekitarnya ada beberapa tengkorak manusia. Sepupu saya kata, itulah Tuhan. Saya tidak tahu apa-apa pada masa itu. Emak saya pula tidak dapat mengajar saya mengenai Islam, sebab emak saya 'buta huruf', cuma emak selalu sembahyang 5 kali sehari semalam. Setiap kali azan diradio, saya akan berlari naik rumah dan duduk 'konon' nak sembahyang. Berbalik kepada cerita kitab Injil ini, saya mempunyai kecenderungan ingin tahu pada sesuatu. Saya suka membaca buku agama di perpustakaan dan pada masa yang sama, saya juga telah membaca terjemahan Al-quran. Kemudiannya, saya ke Kota Kinabalu, mencari kitab Injil. Saya masuk kedai jual Kitab tersebut, dimana tertulis larangan untuk orang Islam memasuki kedai itu, Saya apa peduli, muka sayapun orang 'bilang' macam bukan 'Islam' (sebenarnya istilah ini salah, muka saya sebenarnya bukan macam Melayu, itu yang benar), saya masuk dan beli, pada masa itu, saya masih bersekolah di tingkatan 3 (kalau tak silap), dan sejak dari itu, saya sekali sekala akan membaca kitab Injil dan pada masa yang sama, saya amat meminati buku-buku tuliasan Syeikh Ahmad Deedat. Pembacaan saya tidaklah menjadikan saya masuk Kristian, malah saya semakin percaya kepada kitab saya iaitu Al-Quran. Sebab itulah saya hairan dengan pelbagai larangan itu dan ini, dan terbaru isu penggunaan kalimah "Allah", kononnya takut orang akan keliru. Mungkin betul juga akan keliru, tetapi sampai bila kita harus melakukan tindakan supaya 'orang-orang yang mudah keliru' ini, akan terus dilindungi supaya tidak akan keliru. Zaman ini, ialah zaman dunia tanpa sempadan, tidak seharusnya kita melaksanakan sesuatu yang menghalang manusia dari mencari sesuatu. Apapun bacalah kitab orang lain, setelah membaca kitab sendiri, orait, OK bah kalau kau..:
No comments:
Post a Comment