Sunday, October 28, 2012

Bolehkah beramal dengan hadis dho'if ?

Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, tidak boleh beramal dengan hadis dhaif dalam apa juga masalah, sebab Nabi SAW telah bersabda :


:عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله تعالى عنهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

.كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Ta’ala ‘anhu: bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam: "Cukuplah seseorang itu dikatakan berdusta jika ia menceritakan setiap apa yang telah ia dengar”. (Dikeluarkan oleh Al-Imam Muslim).

Cukuplah seorang itu berdusta jika dia mengamalkan semua yang dia dengar, kerana mana yang lebih teruk ? Kerana mengamalkan semua yang dia dengar lebih teruk daripada 'meriwayatkan' (menceritakan) semua yang dia dengar. (termasuk dlm halal, haram, aqidah dan fadhail a'mal).

Bagi orang 'alim, terdapat beberapa syarat jika mengamalkan hadis dha'if :
1). Jika ada hadis sahih lain.
2). Hendaklah hadis itu tidak terlalu Dha'if, bukan hadis palsu. 
3). Jangan beriktiqad sangat bahawa hadis itu berasal dari Nabi SAW.
4). Jangan amalkan di hadapan orang ramai, dikhuatiri nanti akan diikuti, nanti jadilah amalan itu spt sahih.
5). Jangan amalkan selalu, dikhuatiri mcm akan dianggap sebagai sunnah yang sahih.

Syeikh Al-Albani menukilkan dari ulama-ulama, apabila melihat syarat-syarat ini, beliau berkata lebih baik tidak amalkannya, kerana orang awampun tidak mengetahui samada hadis itu lemah sangat atau tidak, kedua ; hendaklah hadis itu dibawah asal yang umum,maknanya kalau pun diamalkan ianya kerana adanya hadis yang sahih bukan kerana hadis yang dhaif itu. Maka perkara ini tidak relevan. Cukuplah dengan hadis yang sahih. Yang ketiga, kita amalkan hadis itu 'dengan harapan ia adalah sahih'..

Kesimpulannya daripada kita mengamalan hadis yang dhaif, adalah lebih baik kita amalkan dahulu hadis-hadis yang sahih (yang masih banyak belum kita amalkan). Kalau dah amalkan SEMUA hadis sahih, barulah masuk bab hadis yang Dha'if ini.

Catitan ini adalah ringkasan dan kesimpulan dari ceramah Ustaz Murad Md Said, di Youtube : 




Banyak lagi... Carilah sendiri.. he he...

"Islam Hidup Dengan Ilmu"

Sunday, October 21, 2012

Menghukum Sesat dan Kafir...

Fasa pelbagai aliran pemikiran dan tuduh menuduh, kafir mengkafir adalah kenyataan yng berlaku dlm sejarah pemikiran Islam.. Ada yng kata Wahabi sesat, ada yang kata Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah tokoh pembasmi kesyirikan di Arab Saudi, ada yng kata Ahbash sesat, ada yang kata aliran sufi sesat, ada yang kata Syiah yang benar dan ASWJ sesat, ada yang kata Syiah sesat... ada itu dan ada ini.. akhirnya... orng awam terbelah menjadi kelompok yang saling mengkafirkan antara satu sama lain.. Sepatutnya siapa yang harus kita percaya ??? Bagaimana nak mempastikan bahwa 'aliran' nya lah yang betul / benar ??.. Terutama orng awam yang hafal 30 juz pun tidak... hafal hadis pun tidak.. faham bahasa arab pun tidak.. belajar agama pun sekali sekala ... So bagaimana nak menyelamatkan diri kita, supaya jangan tertipu ?

Kalau diimbas dari sejarah... kafir mengkafir sudah berlaku sejak awal perkembangan Islam. Zaman fitnah ialah ketika  pembunuhan Khalifah Sayyidina Uthman Ibn Affan oleh kelompok khawarij,.. Sayyidina Ali sendiri pernah memerangi kelompok ini dlm perang Nahrawan. Akibat daripada itu, Sayyidina Ali dihukum SESAT oleh kumpulan Khawarij lalu mengatur strategi membunuh Khalifah yng ke-4 itu... Ibnu Muljam berjanji akan membunuh Sayyidina Ali, dimana beliau berkata, bahawa membunuh Ali adalah utk mendapatkan kebahagian dunia dan akhirat ( lihatlah betapa kuat kepercayaannya utk mengkafirkan Sahabat Nabi, Sayyidina Ali)... Maka beliau berjaya membunuh Sayyidina Ali, ... (Rujukan, Al Bidayah Wan Nihayah..).. dan sbg tambahan.. siapakah Ibnu Muljam itu ? Beliau bukannya calang-calang orngnya, merupakan Guru Al-Quran di zaman pemerintahan Sayyidina Umar r.a.... Tetapi 'kefahaman salah ' amat mudah menyesatkan / mengkafirkan orng.. Inilah akibatnya.. Berhati-hatilah kita semua...

Bukan sedikit yang dibunuh atas nama tuduhan kafir & sesat.. Imam Ahmad bin Hanbal diseksa dan dipenjara kerana dihukum sesat pada zamannya... ada juga yng meninggal dipenjara, spt Ibn Taimiyyah...

Drp kita sibuk menyesatkan orang lain, lebih baik kita pelajari ilmu agama, dari sesiapapun juga.. pelajari semua aliran dlm Islam dan mohon petunjuk dariNya.. sekurang-kurangya, kita telah berusaha 'mencarinya'... kerana zaman ini, semua yng digelar 'Ulama / Ustaz ' itu masing-masing mengatakan, diri merekalah yang benar... Kita terpaksa memilihnya sendiri..


Adalah amat malang bagi seseorang yang baru belajar agama, tetapi sudah memilih aliran atau guru-guru yang suka menghukum orang lain sesat tanpa hujjah. Akhirnya, penuntut 'ilmu ini akan terperangkap dalam perbahasan yang sia-sia dan hanya mengambil 'kata-kata' sang Guru yang belum tentu sejauh mana kebenarannya. 

Nabi bersabda :


“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras tersebut. Ini adalah kerana Rasululah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (28:77).



"berhati-hatilah kamu dengan setiap persangkaan kerana persangkaan itu adalah perkataan yang paling dusta"
(HR Bukhari & Muslim).

Sebagai penuntut Ilmu, hendaklah kita mengetahui bahawa kebenaran itu diambil dari dua sumber, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang sahih. Sehebat manapun ulama, guru atau apa sahaja gelaran, mereka mesti berhujah dengan menyandarkan kepada dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih. Apa sahaja pendapat manusia boleh diambil dan ditolak kecuali kata-kata Nabi SAW, 

Imam Malik berkata (guru Imam Syaf'i) :

“Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi s.a.w).”


Zaman ini kita dapati pelbagai Ulama. Guru, Tok Guru, Ustaz dll yang datang kepada kita dengan membawa ajaran agama dengan slogan "Ajaran sayalah yang benar"... Maka apakah yang harus kita lakukan ?

Bagi saya, saya lebih suka mengambil pendekatan seperti seorang 'DOKTOR', dimana seseorang pesakit itu hanya ditentukan jenis penyakit dan rawatannya setelah pemeriksaan dan ujian yang teliti dilakukan. Begitu juga, seseorang yang dituduh kafir atau sesat itu perlu dibuktikan, ditegakkan hujjahnya sebelum menghukum. Baca buku-bukunya, baca tulisan para penyokongnya, telitikan sejauhmana kebenaran tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuhnya. Tetapi sebelum itu, kita hendaklah 'berilmu' yang cukup untuk membuat keputusan menghukum, perlu ditanya, adakah kita 'doktor pakar' yang boleh merawat ? Adakah tahap keilmuan agama kita dapat melayakkan kita menghukum orang lain sesat dan kafir ? Atau hanya jadi alat peyambung lidah para pemfitnah. Bukankah 'kes-kes sulit' seperti ini kita rujukkan sahaja kepada mereka yang lebih layak dan bertanggungjawab seperti 'Majlis Fatwa' ? Janganlah dengan mudah merujuk kepada kumpulan tertentu yang hanya mengelola laman-laman sesawang yang belum tentu kebenarannya.

Ingatlah, menghukum sesat memerlukan nas syarak dan dalil-dalil yang qat'i yang bersumber dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih. 

Harus diingat, Nabi SAW bersabda :

Siapa saja yang mengkafirkan saudaranya, maka berbalik kepada salah satu di antara mereka. (HR Ahmad).

Tidak halal bagi seorang Muslim memburuk-burukkan Muslim yang lain. 
(HR Ahmad, Abu Dawud, dan Ath-Thabrani).

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda : Jika seorang lelaki berkata : Binasalah manusia, maka dialah orang yang paling binasa. ( HR Muslim )

Sabda Nabi s.a.w:“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Tiga hal yang menjadi dasar Iman, pertama, adalah mencegah diri untuk tidak menyakiti orang yang telah mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah (Tiada tuhan selain Allah), kita tidak mengkafirkannya karena sebuah dosa dan tidak mengeluarkannya dari Islam karena sebuah perbuatan (amal). Kedua, Jihad telah berlaku sejak Allah mengutusku hingga nanti umatku yang terakhir memerangi Dajjal. Kedzaliman orang yang paling dzalim maupun keadilan orang yang adil tidak akan menghalanginya. Ketiga, Iman kepada berbagai takdir.” (HR. Abu Dawud).



Sumber :