Kalau diimbas dari sejarah... kafir mengkafir sudah berlaku sejak awal perkembangan Islam. Zaman fitnah ialah ketika pembunuhan Khalifah Sayyidina Uthman Ibn Affan oleh kelompok khawarij,.. Sayyidina Ali sendiri pernah memerangi kelompok ini dlm perang Nahrawan. Akibat daripada itu, Sayyidina Ali dihukum SESAT oleh kumpulan Khawarij lalu mengatur strategi membunuh Khalifah yng ke-4 itu... Ibnu Muljam berjanji akan membunuh Sayyidina Ali, dimana beliau berkata, bahawa membunuh Ali adalah utk mendapatkan kebahagian dunia dan akhirat ( lihatlah betapa kuat kepercayaannya utk mengkafirkan Sahabat Nabi, Sayyidina Ali)... Maka beliau berjaya membunuh Sayyidina Ali, ... (Rujukan, Al Bidayah Wan Nihayah..).. dan sbg tambahan.. siapakah Ibnu Muljam itu ? Beliau bukannya calang-calang orngnya, merupakan Guru Al-Quran di zaman pemerintahan Sayyidina Umar r.a.... Tetapi 'kefahaman salah ' amat mudah menyesatkan / mengkafirkan orng.. Inilah akibatnya.. Berhati-hatilah kita semua...
Bukan sedikit yang dibunuh atas nama tuduhan kafir & sesat.. Imam Ahmad bin Hanbal diseksa dan dipenjara kerana dihukum sesat pada zamannya... ada juga yng meninggal dipenjara, spt Ibn Taimiyyah...
Drp kita sibuk menyesatkan orang lain, lebih baik kita pelajari ilmu agama, dari sesiapapun juga.. pelajari semua aliran dlm Islam dan mohon petunjuk dariNya.. sekurang-kurangya, kita telah berusaha 'mencarinya'... kerana zaman ini, semua yng digelar 'Ulama / Ustaz ' itu masing-masing mengatakan, diri merekalah yang benar... Kita terpaksa memilihnya sendiri..
Adalah amat malang bagi seseorang yang baru belajar agama, tetapi sudah memilih aliran atau guru-guru yang suka menghukum orang lain sesat tanpa hujjah. Akhirnya, penuntut 'ilmu ini akan terperangkap dalam perbahasan yang sia-sia dan hanya mengambil 'kata-kata' sang Guru yang belum tentu sejauh mana kebenarannya.
Nabi bersabda :
“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri,
lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan
babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan
Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).
Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran
atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka
meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan
fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir”
kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada
orang-orang Islam yang lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang
dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang
menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras
tersebut. Ini adalah kerana Rasululah saw mengetahui fitnah dan pembohongan
seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan
menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka
memakai dan melaungkan nama Allah swt (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) semasa
melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan:
“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (28:77).
"berhati-hatilah kamu dengan setiap persangkaan kerana persangkaan itu adalah perkataan yang paling dusta"
(HR Bukhari & Muslim).
Sebagai penuntut Ilmu, hendaklah kita mengetahui bahawa kebenaran itu diambil dari dua sumber, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang sahih. Sehebat manapun ulama, guru atau apa sahaja gelaran, mereka mesti berhujah dengan menyandarkan kepada dalil dari Quran dan Sunnah yang sahih. Apa sahaja pendapat manusia boleh diambil dan ditolak kecuali kata-kata Nabi SAW,
Imam Malik berkata (guru Imam Syaf'i) :
“Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi s.a.w).”
Zaman ini kita dapati pelbagai Ulama. Guru, Tok Guru, Ustaz dll yang datang kepada kita dengan membawa ajaran agama dengan slogan "Ajaran sayalah yang benar"... Maka apakah yang harus kita lakukan ?
Bagi saya, saya lebih suka mengambil pendekatan seperti seorang 'DOKTOR', dimana seseorang pesakit itu hanya ditentukan jenis penyakit dan rawatannya setelah pemeriksaan dan ujian yang teliti dilakukan. Begitu juga, seseorang yang dituduh kafir atau sesat itu perlu dibuktikan, ditegakkan hujjahnya sebelum menghukum. Baca buku-bukunya, baca tulisan para penyokongnya, telitikan sejauhmana kebenaran tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuhnya. Tetapi sebelum itu, kita hendaklah 'berilmu' yang cukup untuk membuat keputusan menghukum, perlu ditanya, adakah kita 'doktor pakar' yang boleh merawat ? Adakah tahap keilmuan agama kita dapat melayakkan kita menghukum orang lain sesat dan kafir ? Atau hanya jadi alat peyambung lidah para pemfitnah. Bukankah 'kes-kes sulit' seperti ini kita rujukkan sahaja kepada mereka yang lebih layak dan bertanggungjawab seperti 'Majlis Fatwa' ? Janganlah dengan mudah merujuk kepada kumpulan tertentu yang hanya mengelola laman-laman sesawang yang belum tentu kebenarannya.
Ingatlah, menghukum sesat memerlukan nas syarak dan dalil-dalil yang qat'i yang bersumber dari Al-Quran dan Sunnah yang sahih.
Harus diingat, Nabi SAW bersabda :
Tidak halal bagi seorang Muslim memburuk-burukkan Muslim yang lain.
(HR Ahmad, Abu Dawud, dan Ath-Thabrani).
Sabda Nabi s.a.w:“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang
dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Daripada Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah SAW bersabda : Jika seorang lelaki berkata : Binasalah manusia, maka
dialah orang yang paling binasa. ( HR Muslim )
Tiga hal yang menjadi dasar Iman, pertama, adalah mencegah
diri untuk tidak menyakiti orang yang telah mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah
(Tiada tuhan selain Allah), kita tidak mengkafirkannya karena sebuah dosa dan
tidak mengeluarkannya dari Islam karena sebuah perbuatan (amal). Kedua, Jihad
telah berlaku sejak Allah mengutusku hingga nanti umatku yang terakhir
memerangi Dajjal. Kedzaliman orang yang paling dzalim maupun keadilan orang
yang adil tidak akan menghalanginya. Ketiga, Iman kepada berbagai takdir.” (HR.
Abu Dawud).
Sumber :
No comments:
Post a Comment