Tuesday, November 13, 2012

Rukyah Gangguan Jin dan Sihir

Oleh Ustaz Abdul Qadir Jawas :

Klik here 
Juga melalui laman web abuaqif



Persoalan Doa Awal dan Akhir Tahun.



Berdasarkan beberapa penelitian saya melalui laman-laman web dan Ceramah di Youtube, persoalan doa awal dan akhir tahun ini merupakan antara isu yang terdapat perbezaan pandangan di kalangan para Ustaz kita. Antara Ustaz yang menentang amalan ini ialah :

Ustaz Halim Hassan klik
Dr Asri Zainul Abidin (Dr Maza, mantan mufti Perlis)
 ceramah DrMaza
Baca DrMaza
Ustaz Fathul Bari, klik
Artikel lain
Abu Umair link
Ustaz Fadlan UFMO

Manakala antara Ustaz yang membolehkan doa ini dibaca ialah :
Dr Azhar Idrus klik
Ustaz Shauqi


Apa yang jelas ialah doa ini tidak sahih dari Nabi dan tak pernah dibuat oleh Nabi. Sedangkan penentuan awal tahun Hijrah sendiri pun bukannya dibuat pada zaman Nabi, tetapi ditetapkan oleh Khlaifah Umar Al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Emran Ahmad menulis :

Berdosa sebarkan hadith palsu/fadhilat palsu spt doa awal tahun/akhir tahun Maal Hijrah.

Orang yang menyebarkan doa akhir tahun/awal tahun serta fadhilatnya konon2 akan terpelihara dari gangguan syaitan adalah berdosa dan tergolong dikalangan pendusta kerana ianya bukan hadith nabi SAW dan bukan dari al-kitab dan as-sunnah sebaliknya rekaan & palsu. Sabda nabi SAW (كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع ) Cukuplah seorg itu menjadi pendusta dgn menyampaikan semua yg dia dengar [riwayat Muslim dlm muqadimah]

Manakala di dalam hadith yang lain nabi SAW sebut (من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار ) Barangsiapa yg berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya drai api neraka [riwayat Al-Bukhari]

Jangan sebarkan perkara yang salah/ hadith palsu walau niat baik !

Setelah meneliti dan membuat sedikit pembacaan, maka saya memilih untuk melupakan doa-doa awal dan akhir tahun kerana terbukti kepalsuannya. Fadhilat yang kononnya ada itu cumalah rekaan manusia semata-mata.

Sepatutnya kita takut dengan amaran dari Nabi SAW :

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/37, no. 1209). link

Agama Islam ini sudah lengkap dan tidak lagi memerlukan sebarang penambahan, Allah 'zzawajalla berfirman :
".. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamu.." ( QS. Al-Maaidah :3).

Rasulullah SAW sendiri bersabda :

" Demi Allah, tidak ada satu pun yang bisa mendekatkan diri kalian kepada Allah 'Azzawajalla dan Syurga melainkan aku sudah memberitahukan kepada kalian. Dan, tidak ada satu pun yang diperintahkan oleh Allah 'Azzawajalla kepada kalian melainkan aku telah memerintahkannya kepada kalian. Serta, tidaklah ada satu pun yang   Allah 'Azzawajalla larang atas kalian melainkan aku telah melarangnya atas kalian."
(Sunan an Nasa-i, Kitab "Al-Hajj", Sanad hadis ini sahih)

Dengan kata lain, tidak ada sesuatupun yang belum dijelaskan oleh Rasulullah SAW.

Maka terbatalkan juga alasan yang kononnya Rasulullah tidak sempat sebab sibuk semasa hayatnya, alasan ini amatlah tidak masuk akal dan seolah-olah dia pula yang menerima 'wahyu' hingga berani berkata sedemikian.

Fikri Alamghiri menulis dalam FB :

Apakah anda tidak takut melakukan perbuatan bidaah?

Padahal Allah Ta’ala melarang kita berselisih ketika Qur’an dan sunnah sudah terang menjelaskan ajaran agama ini secara sempurna, dari masalah sebesar tauhid hinggalah ke adab membuang air.

Maka semua itu sama sekali tidak perlu penambahan lagi. Allah Ta’ala berfirman:


وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksaan yang berat” (QS. Al Imran: 105)

Syeikh al-Sabuni berkata: “Maksud ayat ini adalah, janganlah berlaku seperti orang Yahudi dan Nasrani yang mereka berpecah-belah dalam masalah agama kerana hanya mengikuti hawa nafsu mereka padahal ayat-ayat yang datang kepada mereka sudah sangat terang dan jelas” (Safwatut Tafasir, 202).

Ketahuilah rakan-rakan semua!
Lawan pada Tauhid itu adalah SYIRIK!
Lawan pada Sunnah itu adalah BIDAAH!
Lawan pada Taat itu adalah MAKSIAT!



















Sunday, November 11, 2012

Saya telah dimasukkan ke Wad Hospital pada 05 November 2012 hingga 09 November 2012, dengan diagnosis "Dengue Fever without warning sign". Sebenarnya saya mula demam pada 01 November lagi, dan merawatnya sendiri dengan Tab. PCM sahaja (Tab Pcm QID sejak 01hb Nov-06 Nov. di Wad), tetapi apabila mendapati 'fever' saya kali ini 'lain macam' sahaja, berserta dengan penurunan platelet dan WBC, saya terpaksa berjumpa dengan Dr. Ahmad Syafiq untuk rawatan selanjutnya.

Maka bermulalah episod hidup saya berada dalam Wad, selalunya saya hanya melihat orang terbaring di katil pesakit, hari ini adalah masa bagi saya pula terbaring dan menyerahkan diri dikerjakan oleh para Jururawat yang dedikasi, walaupun terpaksa di  jarum setiap hari, 'control macho' sahajalah, apa boleh buat.

Cabaran utama ialah mempraktikkan solat orang sakit, dengan tangan 'on IV drip' berserta dengan kepayahan yang ada, maka saya menjamakkan solat saya sepanjang berada di Wad. Setiap subuh, saya lihat surau lengang sahaja, timbul persoalan, adakah kebanyakan pesakit solat di katil masing-masing shaja ?

Persoalan Jamak ketika sakit boleh dibaca di link berikut : Fikrahhalaqah

Syedlee

sayangislam.com

Sekian...