Sunday, November 11, 2012

Saya telah dimasukkan ke Wad Hospital pada 05 November 2012 hingga 09 November 2012, dengan diagnosis "Dengue Fever without warning sign". Sebenarnya saya mula demam pada 01 November lagi, dan merawatnya sendiri dengan Tab. PCM sahaja (Tab Pcm QID sejak 01hb Nov-06 Nov. di Wad), tetapi apabila mendapati 'fever' saya kali ini 'lain macam' sahaja, berserta dengan penurunan platelet dan WBC, saya terpaksa berjumpa dengan Dr. Ahmad Syafiq untuk rawatan selanjutnya.

Maka bermulalah episod hidup saya berada dalam Wad, selalunya saya hanya melihat orang terbaring di katil pesakit, hari ini adalah masa bagi saya pula terbaring dan menyerahkan diri dikerjakan oleh para Jururawat yang dedikasi, walaupun terpaksa di  jarum setiap hari, 'control macho' sahajalah, apa boleh buat.

Cabaran utama ialah mempraktikkan solat orang sakit, dengan tangan 'on IV drip' berserta dengan kepayahan yang ada, maka saya menjamakkan solat saya sepanjang berada di Wad. Setiap subuh, saya lihat surau lengang sahaja, timbul persoalan, adakah kebanyakan pesakit solat di katil masing-masing shaja ?

Persoalan Jamak ketika sakit boleh dibaca di link berikut : Fikrahhalaqah

Syedlee

sayangislam.com

Sekian...




No comments: