7 Julai 2012
KADANGKADALAmemang ada unsur keganasan dilakukan kelompok tertentu daripada puak Islam ataupun orang Islam. Pada asalnya keganasan fizikal ini berpunca daripada pemikiran yang ganas. Sebagaimana puak Khawarij yang muncul pada zaman sahabat Nabi, mereka boleh sampai pada satu tahap membenarkan tindakan menyerang dan membunuh khalifah. Tindakan ganas itu bermula daripada bidaah yang ganas yang diistilahkan sebahagian ulama sebagai irhab fikri iaitu perang dari sudut pemikiran.
Antara pemikiran Khawarij ialah pelaku dosa besar adalah kafir. Itu adalah pemikiran bidaah dalam ideologi Khawarij. Lanjutan daripada pemikiran ini, maka mereka menganggap khalifah ataupun pemerintah melakukan dosa besar kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam atau hudud. Akhirnya dilema ini memunculkan demonstrasi pertama dalam Islam yang mengepung rumah Khalifah Uthman bin Affan RA. Kesan daripada demonstrasi dan provokasi berterusan ini, maka tertumpahlah darah Khalifah Uthman bin Affan di tangan puak Khawarij.
Ini adalah hujah logik yang begitu mudah formulanya. Daripada itulah mereka berani untuk menentang khalifah kerana mereka telah didoktrinkan pemikirannya dengan satu bentuk bidaah pemikiran yang menyalahi pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, pelaku dosa besar adalah pelaku maksiat, tetapi mereka tidak kafir. Mereka akan diampunkan jika mereka bertaubat atau ALLAH boleh ampunkan jika Dia kehendaki kecuali tidak syirik.
Jadi peringkat asas prinsip ini sudah berbeza, maka kesannya menjadi begitu. Kita boleh katakan di sini keganasan fizikal berpunca daripada pemikiran. Jadi dalam konteks keganasan yang dilakukan segelintir puak Islam, ia berpunca daripada satu bentuk bidaah pemikiran yang dinamakan revolusi ataupun irhab thauri yang menyalahi garis panduan sunnah dalam dakwah dan jihad.
Malangnya pemikiran Khawarij ini popular dalam kalangan pengikut Syiah yang ramai sehinggakan mereka mempunyai negara yang khusus mendukung ideologi Syiah serta menyebarkan ideologi mereka ke serata dunia. Ia juga popular kalangan Ikhwanul Muslimin. Pemikiran Ikhwanul Muslimin telah meresap masuk hampir seluruh pelosok dunia.
Adakan demonstrasi
Pengalaman saya tentang bidaah pemikiran revolusi-haraki ini ditanam melalui program pengkaderan dan usrah sejak daripada peringkat sekolah menengah. Ketika saya berada di tingkatan satu (1981) dan pergi ke sekolah menaiki basikal sejauh 5 kilometer. Suatu hari sampai sahaja di sekolah saya lihat pagar semua ditutup dan dikunci. Saya terkejut kerana tidak mengetahui apa yang berlaku, kemudian kedengaran bunyi bising di padang sekolah. Rupa-rupanya pelajar di sebelah pagi yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua hingga tingkatan enam atas mengadakan demonstrasi. Mereka membina khemah di tengah-tengah padang dan duduk di situ dengan tujuan ingin membuat demonstrasi selama yang mungkin. Mereka telah membuat persediaan awal dengan mengumpulkan makanan di dalam sekolah.
Mereka berada di situ selama dua minggu kerana memprotes tindakan pihak yayasan yang bertanggungjawab terhadap sekolah agama. Pihak yayasan mengenakan tindakan tatatertib ke atas seorang ustaz di sekolah tersebut yang pro-Syiah. Dia dihantar mengajar ke sebuah sekolah di kawasan pedalaman. Jadi anak muridnya yang dipengaruhi dengan bidaah pemikiran evolusi-haraki bangkit membuat demonstrasi. Ustaz ini boleh mempengaruhi orang dengan pemikiran Syiahnya sehingga seseorang itu solat, akan meletakkan gambar Ayatollah (ulama besar dalam agama Syiah) di hadapannya.
Saya mempunyai saudara yang juga terpengaruh dengan pemikiran ustaz ini. Apabila ingin solat, dia hendak meletakkan gambar itu di hadapannya. Akan tetapi bimbang diketahui orang, maka gambar tersebut diletakkan di bawah sejadahnya. Demikianlah begitu kuatnya kesan daripada pemikiran ustaz tersebut. Saya ketika itu masih budak lagi dan tidak mengetahui apa yang berlaku.
Oleh kerana pelajar sesi petang terlalu muda dan tidak mengetahui apa-apa, maka mereka tidak menjemput kami untuk turut sama berdemonstrasi. Ibu bapa juga datang mengerumuni pagar sekolah tetapi tidak dibenarkan masuk. Tindakan mereka ini cukup berani kerana ibu bapa pelajar yang ditahan di dalam sekolah tersebut juga tidak dibenarkan masuk. Hanya dibenarkan berjumpa di pagar sekolah sahaja.
Revolusi-haraki
Kesan daripada bidaah pemikiran revolusi-haraki ini, ia menggalakkan pelajar dari peringkat sekolah menengah untuk menentang kerajaan. Bidaah pemikiran ini mendorong kepada tiga perkara.
Pertama, perlanggaran prinsip ketaatan terhadap pemerintah menjadikan seseorang itu menghalalkan ia untuk melanggar prinsip ketaatan terhadap pemerintah.
Kedua, mereka gagal memahami konsep takfir (mengkafirkan). Konsep takfir sama dengan pemikiran Khawarij tadi. Mereka mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar termasuklah pemerintah halal darah dan perang. Sama juga dengan bidaah pemikiran revolusi-haraki ini, mereka sampai ke tahap mentakfirkan orang.
Ketiga, perlanggaran prinsip ‘mengelak kemudaratan’ yang digariskan di dalam kaedah fiqah. Mengelak kemudaratan itu lebih utama daripada mengambil maslahat. Maksudnya di sini sesuatu tindakan jika ada kemudaratan, walaupun dalam masa yang sama memiliki ada kemaslahatan (kebaikan), maka mengelak kemudaratan itu lebih diutamakan.
Jika menggugat ketenteraman awam, merosakkan harta benda, merosakkannya dan sebagainya maka jangan lakukannya. Itu adalah garis panduan yang sepatutnya dipatuhi tetapi dilanggar maka jadilah fenomena keganasan.
Faktor keganasan tidak mengira mazhab dan ideologi. Jadi apa-apa yang berkaitan dengan bidaah pemikiran revolusi-haraki yang menyebabkan seseorang itu menyalahi prinsip Islam dalam bab ketaatan terhadap pemerintah, dalam bab takfir, maka semua pihak tanpa mengira ideologi dan mazhab yang dipengaruhi bidaah pemikiran ini berpotensi menjadi pengganas.
Sesiapa yang menyalahi prinsip dakwah dan jihad Islam, ia dikira pengganas tidak kira sama ada mazhab Syafie, Hambali, Maliki, Syiah, Ikhwan Muslimin, ataupun Asya’ari. Apabila dia menyalahi prinsip Islam, dia berpotensi untuk menjadi pengganas, maka kita katakan serangan al-Qaeda.
Jihad al-Qaeda
Sebilangan pihak menuduh Al- Qaeda sebagai Wahabi. Al-Qaeda dan sekutunya menyerang orang awam misalannya. Sekiranya terbukti melakukan serangan ke atas kepentingan orang awam dan kerajaan Islam seperti yang mereka serang kerajaan Saudi, maka itu adalah tindakan keganasan.
Negara Arab Saudi antara negara yang paling teruk menerima serangan pengganas dan telah berpuluh kali di bom di sekitar bandar Riyadh. Walaupun kelompok al-Qaeda ini sering dikaitkan dengan Salafi ataupun istilah Wahabi, maka mereka sememangnya ganas kerana menyalahi prinsip Islam.
Manakala golongan ulama Salafi (Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang teguh atas jalan Nabi dan sahabat) seringkali menegaskan bahawa mereka berlepas diri dan tidak ada apa-apa kaitan dengan kelompok al-Qaeda. Maka berhatihatilah kita agar tidak terpengaruh dengan bidaah pemikiran yang boleh membawa kerosakan pada Islam dan umat Islam.
DR AZWIRA ABDUL AZIZ
Ahli Majlis Syura Sekretariat ILMU
www.ilmuanmalaysia.com
abuaqifstudio.blogspot.com

No comments:
Post a Comment