Tidak lama lagi pilihan raya akan diadakan, pasti meriah dengan pebagai ragam parti-parti yang bertanding. Kemeriahan ini juga adakalanya menjadi pesta maksiat, peluang mendapat dosa free dan selain dari kemungkinan hilang wang pertaruhan (bagi calon yang bertanding), dan mungkin ramai juga yang akan hilang 'pahala' atau muflis diakhirat.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Maka hendaklah kita semua ingat, amaran keras diatas, janganlah kita dengan mudah bermain-main dengan apa yang kita kata dan tulis, terutamanya dalam FB dan laman blog. Kita menyangkanya hanya mainan belaka, tetapi ia besar disisi Allah.
Ingatlah doa orang yang dizalimi itu mustajab,
Allah swt sebut لأنصرنّك ولو بعد حين (ertinya) "Aku akan memberi pertolongan, walaupun selepas beberapa ketika".
Terdapat juga manusia yang begitu mudah mencerca mereka yang telah mati, termasuk para Ulamapun turut dicerca, sekiranya tidak bersetuju dengan pandangannya, apa yang dibenarkan ialah mengeluarkan pandangan yang bercanggah daripada kebenaran tetapi jangan mencerca mereka.
Dalam hadis Nabi saw berkata, لا تسبوا الأموات (ertinya) jangan kamu maki orang yang telah mati, فإنهم قد أفضوا إلى ما قدموا (ertinya) mereka telah pergi bawa apa yang mereka bawa. (Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah)
Kalau dia bawa yang tak baik, dia berjumpalah dengan malaikat dalam kubur. Tak payah kamu yang jatuh hukum, biarkan mereka dengan amalan mereka. Kita tak payah jadi hakim, biarlah Allah azza wa jalla.(salinan dari sini )
Banyak hadis-hadis nabi yang mengarahkan kepada kita supaya jaga lidah. Nabi kita sendiri saw kata,
("إن اللعانين لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة" Dikeluarkan oleh Imam Muslim.)
إن اللعانين orang yang suka melaknat orang, mencelaka orang لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة orang ini tidak boleh jadi saksi dan tidak boleh bagi syafaat pada hari kiamat.
Dan hadis lain lagi, Nabi saw berkata, ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء orang mukmin bukan suka membuat tuduhan kepada orang.
(klik)

Pelabagai isu politik juga akan dibangkitkan, ada tokoh tertentu dituduh terlibat dalam pembunuhan, ada pula dituduh melakukan sesuatu diluar tabii', ada pula YB dituduh makan duit rakyat, zalim dan sebagainya, namun sejauh mana kebenarannya / kesahihannya, tidak dapat pula mereka buktikan dengan jelas dan adakalanya lebih kepada prasangka dan hanya 'sangkaan' sahaja. Ingatlah, kita sepatutnya hanya berkata dan berpegang kepada sesuatu yang jelas kesahihannya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".
(Al-Hujurat : 21).

(Hadis riwayat Muslim.)
Maka, janganlah menceritakan semula setiap yang kita dengar tanpa meneliti kebenarannya terlebih dahulu.
" Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[Al-Hujurat : 06.]

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman :
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

(Al-Nuur : 19)
"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".
(Al-Baqarah : 191).
Sabda Nabi semasa Haji Wada' : Darah kamu, harta kamu, kehormatan kamu, haram atas diri kamu.
Hari ini kita lihat, kehormatan diri manusia telah menjadi mainan, (hanya) kerana perbezaan ideologi, perbezaan pandangan, samada pandangan politik, pandangan pemikiran mazhab, pandangan yang tidak serupa dengan kita sahajalah senang, terus akan dijatuhkan hukuman yang begitu dasyat. Bahkan sanggup mengatakan seseorang ini ahli neraka, orang ini ahli sesat, yang begitu mudah sekali kita lemparkan tuduhan-tuduhan.
Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 15, :
Sahih InternationalWhen you received it with your tongues and said with your mouths that of which you had no knowledge and thought it was insignificant while it was, in the sight of Allah , tremendous.
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.

Menurut Dr. Abdul Basit, (link), kesalahan yang besar disini termasuklah menyebarkan sesuatu yang kita dengar dan tengok dari Youtube (FB dan sebagainya) seperti tuduhan skandal seks, skandal balak, menuduh membawa ajaran sesat dan sebagainya sedangkan kamu tidak mempunyai ilmu dan maklumat yang tepat tentang perkara tersebut.
Rasulullah SAW bersabda :
Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).
Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:
"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Acara umpat menumpat atau ghibah juga mungkin akan menjadi kebiasaan kepada mereka yang bersaing di pentas politik demokrasi, begitu juga para penyokong akan turut sama melakukannya, seolah mereka lupa bahawa dosa mengumpat (ghibah) itu amatlah berat di sisi Allah SWT.
Hal itu dijelaskan dalam sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya".
(As-Silsilah As-Shahihah,).
Wajib bagi seseorng yang hadir dalam sesuatu majlis yang sedang mengumpat orang lain, membela saudaranya yang diumpati. Nabi menganjurkannya, sebagaimana sabdanya :
"Ertinya : Barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan menolak menghindarkan api Neraka dari wajahnya".
(Hadis Riwayat Ahmad)
Ada yang berkata, jika mengatakan sesuatu yang benar pada seseorang itu, ianya boleh dan tidak dianggap menumpat. Sebenarnya perkara ini telah dijawab oleh Nabi melalui hadis seperti berikut :
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ
“Tahukah kalian apa itu ghibah (mengumpat)?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda bersabda, “Iaitu engkau menceritakan tentang saudaramu perkara yang dia tidak suka.” Lalu ditanya kepada baginda, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka baginda bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah mengumpatinya. Dan apabila tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya.”
(Riwayat Muslim).
Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW ditanya mengenai hal apakah yang paling menyebabkan banyak orang masuk syurga. Rasulullah menjawab : "Takwa dan akhlak yang baik." Kemudian Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah SAW menjawab : "Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Nabi saw berkata,
لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم سباباً ولا فحّاشاً ولا لعّاناً
Nabi sendiri bukanlah seorang yang suka melaknat, bukan orang yang suka memaki, mencerca orang, tidak (Nabi bukan begitu).
Dalam hadis Abu Daud mengatakan,
يا معشر المسلمين wahai orang beriman, ataupun dalam riwayat (lain) يا معشر من آمن بلسانه wahai orang beriman dengan lidah dia, tapi tidak masuk dalam hati dia. (يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ)
لا تتبعوا عورات المسلمين jangan sekali-kali mencari keaiban orang. Sesiapa yang suka mencari keaiban orang, duk memburukkan orang, duk menjatuhkan orang, يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ Allah akan mendedahkan keaibannya walau dalam rumahnya sendiri.
Pernah seorang datang menemui syeikh Abdullah ibnu Al-Mubarak. Dia duduk (men)cerca seseorang di hadapan Syeikh Ibnu Al-Mubarak. Syeikh (Ibnu Al-Mubarak) itu pun (ber)kata, "Hei saudara, kamu pernah pergi berperang melawan Rom?" Lelaki ini kata "Tidak". (Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata), "kamu pernah pergi berperang melawan Parsi?" Dia kata "Tidak". Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata, "Subhanallah, orang kafir (iaitu) Rom dan Parsi selamat daripada kamu, tapi saudara kamu orang Islam tidak selamat daripada kamu."
Hati-hatilah kita para jemaah, daripada menjadi orang yang tidak selamat (seperti yang disebut dalam hadis) المسلم من سلم الناس من لسانه ويده. (Maksudnya:) Orang Islam itu, (adalah) orang yang orang Islam lain selamat daripada lisannya dan tangannya. (Petikan hadis riwayat Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Arnaut) Kalau kita menjadi orang Islam yang mencerca, memaki orang, maka kita belum lagi benar-benar seorang Islam.
(Artikel diatas, adalah kompilasi saya dari pelabagai sumber bacaan dan Youtube di alam maya)...

No comments:
Post a Comment