Thursday, July 24, 2014

Hukum menghadiahkan Al-Quran kepada Mayat

Isu ini sengaja saya post disini untuk 'refresh' semula dan berkongsi bagi yang sudi. Dibawah adalah jawapan dari beberapa Ustaz Malaysia dan Indonesia terhadap isu diatas. Dengar, hayati, fikirkan dan pilih yang lebih kuat pendalilannya, pilihan ditangan masing-masing, kerana kitalah yang akan bertanggungjawab atas setiap amalan kita nanti. Dengari Youtube dibawah :




Ustaz Abu Yahya Badrusalam  klik
Tarikh Lahir :  27 April 1976 
Tempat lahir :  Desa Kampung Tengah, Cileungsi, Bogor.
Pendidikan : Menamatkan pendidikan S1 di Universiti Islam Madinah Saudi Arabia Fakultas Hadits pada tahun 2001.  Baca lanjut biodata Ustaz Abu Yahya Badrussalam di sini atau di sini.


Ustaz Don punya jawapan
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Tarikh lahir : 14 November 1984
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pekerjaan : Pensyarah dan pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor (KUIS)





Ustaz Tarmizi Shamsul Arif  klik




Dr. Mohd Asri Zainul Abidin punya jawapan
LAHIR: 1971
TEMPAT LAHIR: Bukit Mertajam, S. Perai, Pulau Pinang
JAWATAN:
  • Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP)
  • MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008).
  • Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith
  • Fellow OCIS, Oxford University, Oxford (2011-2012)
  • Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)
PENDIDIKAN FORMAL:
  • Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
  • Kolej Islam Klang
  1. B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
  2. M.A Pengajian Islam USM.
    Tajuk: Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah.
  3. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003)
    Tajuk: Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir.
  4. IJAZAH HADITH: mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001). Sila lihat artikel: KEMBARA ILMU KE INDIA.


Maulana Asri, jawapannya disini
dan di sini

Nama: Muhammad Asri bin Yusoff
Lahir: 12-7-1958 di Bukit Abal Pasir Puteh Kelantan
Menetap: Kubang Kerian Kelantan

Pelajaran: Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3, kemudian ke India untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband, kemudian di Madrasah al-Diniah al-Bakriah atau lebih di kenali sebagai Pondok Pasir Tumboh Kelantan, kemudian di India pula menuntut di Nadwatul Ulama Lakhnau, kemudian ke Pakistan di Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi.

Merupakan: pengasas Darul Kautsar (Pusat Tahfiz al-Quran Bahasa Arab dan Ilmu-ilmu Islam Kelantan). Pengarang buku-buku Syiah Rafidhah, Ibnu Ishaq, Kamus Tematik al-Kautsar dll. Pembentangan kertas kerja: telah membentangkan banyak kertas kerja terutamanya tentang Syiah di seluruh Malaysia dan juga di luar negara.

Pekerjaan: mengajar dan menulis.
Laman web beliau


Ustaz Azhar Idrus, klik disini..
Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun


Ustaz Halim Hassan, ini jawapan mantap beliau, klik


Ustaz Idris Sulaiman, ini jawapannya.
Biodata ringkas Ustaz Idris bin Sulaiman
1. Pendidikan
  • B.a. Hons Shari’ah (Jurisprudence), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
  • Masters in Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Kerjaya
  • Kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi (2008-sekarang)
  • Pernah menjadi penterjemah/pengalih bahasa di Kedutaan Arab Saudi (2003 – 2008)
  • Imam Surau di Selangor (2005-sekarang)
  • Kini mengajar kelas agama di sekitar Selangor (Antara Kitab yang diajar: Riyadh Al-Salihin, Syarh Al-Sunnah, Firqatu Al-Najiyah, Sittu Durar, Umdatu Al-Ahkam, Qawa’id Al-Arba’, Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Muyassarah)

Ustaz Rasul Dahri, klik disini
Biodata Ustaz Rasul Bin Dahri
Nama penuh Ustaz Rasul ialah Rasul Bin Dahri bin Saem bin Mohsen. Ayahnya berketurunan Bugis dilahirkan di Indonesia dan ibunya berketurunan Cina lahir di Muar, Johor.
Ustaz Rasul bin Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953. Beliau masih memegang kewarganegaraan Singapura, menetap di Johor Bahru, Malaysia. Dianugerahkan empat belas orang anak dan isterinya berwarganegara Malaysia dan semua mereka menetap di Malaysia.
Beliau seorang pengusaha dan peniaga selain pendakwah bebas yang berdakwah di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Menyebarkan dakwahnya melalui ceramah, kuliah, tulisan, kaset, cd, vcd atau internet.
Pendidikan
Bekas penuntut Madrasah al-Juned al-Islamiyah Singapura. Melanjutkan pengajian ke Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah Pulau Pinang, Malaysia dan kemudian menyambung pengajiannya ke Ma’had al-Haram, Mekah al-Mukarramah. Belajar Bahasa Arab di Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi dan menuntut di Universiti Ummul Qura dalam bidang Syariah, Dakwah & Usuluddin. Beliau berada di Mekah, Arab Saudi selama sebelas tahun dari 1973 hingga tahun 1984.
Guru-Guru
Semasa di Mekah, beliau sempat bersama Syeikh Muhaddis Abu Abdirrahman Mukbil bin Hadi al-Wad’ie rahimahullah di Universiti Ummul Qura’. Sempat juga bergutu dengan beberapa orang syeikh semasa mengunjungi (berada) di Mekah, iaitu sekitar musim Haji atau bulan Ramadan. Antara syeikh-syeikh yang sempat didampingi ialah as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah dan as-Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafizhullah.
Semasa di mekah beliau telah menimba ilmu dan bertalaqqi dari beberapa masyaeikh, antaranya ialah Syeikh Ahmad al-Mandili, Syeikh Yahya hafizahullah (dalam ilmu sanad, rawi dan jarh wa ta’dil), dan mempelajari ilmu-ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh dan ilmu-ilmu lain antaranya dari Syeikh Syaid Sabiq rahimahullah, Syeikh Muhammad al-Ghazali rahimahullah, Muhammad Quthb hafizahullah, Syeikh Hasan al-Habannaka al-Maidani, Syeikh Tantawi (penceramah radio Mekah) rahimahullah, Syeikh Mujahid as-Sawwaf rahimahullah dan asy-Syeikh Abdurrahman al-Yamani rahimahullah.
Alhamdulilah diberi kesempatan juga oleh Allah Azza wa Jalla menghadiri kuliah-kuliah asy-Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah dan asy-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah di musim Haji dan di bulan Ramadan.

===============
Sekiranya para 'pendengar' dapat meluangkan 'banyak' masa untuk mendengar dan menganalisa, pelbagai jawapan diatas, kalian akan temui jawapan mana yang lebih mendekati kebenaran.
Yang dipersetujui oleh kesemuanya ialah, amalan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan para sahabat. Yang membenarkan hanya menggunakan kaedah Qias dalam perkara ini, dan ada Ulama yang tidak menyetujuinya.
Bagi saya, saya memilih kepada amalan Nabi, sebab Allah telah menyuruh kita mengikuti amalan Nabi dan tiada yang berhak kita ikuti, kecuali Nabi.

Dalam sebuah hadis, menyatakan tiga generasi awal Islam merupakan 'khoirunnas' iaitu sebaik baik manusia, mereka adalah para shabat Nabi, anak murid sahabat (tabi'in) dan anak murid kepada tabi'in (tabi' tabi'in), kerana mereka berguru langsung dengan Nabi dan ajaran agama masih belum dicemari oleh pendapat-pendapat dari luar.

Maka sepatutnyalah kita mengambil contoh dari generasi terbaik ini, sebab merekalah yang lebih memahami agama berbanding generasi seterusnya yang banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah.

Sebagaimana kata Imam Malik rahimahullah: " Tidak akan berjaya umat hari ini melainkan mencontohi generasi sebelum mereka".




No comments: