Thursday, March 26, 2015

Hadis

Sebelum sibuk tambah ilmu baru, amal dulu apa yang sudah tahu
Diriwayatkan daripada Atho' bin Abi Rabah bahawa pernah ada seorang pemuda mendatangi Aisyah RA untuk bertanyakan sesuatu masalah agama lalu Aisyah RA pun menyampaikan hadith kepadanya. Kemudian tidak lama selepas itu maka pemuda itu pun mendatangi lagi Aisyah RA untuk bertanyakan masalah yang baru maka Aisyah RA pun berkata ;
يا بني هل عملت بعد ما سمعت مني؟
Wahai anakku, apakah engkau sudah mengamalkan apa yang telah engkau dengar daripadaku dahulu?
Lalu anak muda itu pun menjawab;
لا والله يا أمه
Demi Allah, belum lagi wahai bonda.
Maka Aisyah RA pun berkata;
يا بني فبما تستكثر من حجج الله علينا وعليك؟
Wahai anakku, justeru untuk apa engkau mahu memperbanyakkan hujah Allah ke atas kami dan ke atas kamu? (Maksudnya kenapa nak tambah beban dan sebab untuk disoal oleh ALLAH nanti)
[Kitab Iqtidha' al-'ilm al-'Amal, l-Khatib al-Baghdadi]
Kerana disebut dalam hadith bahawa tidaklah akan berganjak kedua kaki anak adam pada hari kiamat sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara dan salah satunya ialah ;
وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ
‘Dan tentang ilmunya akan apa yang sudah dia amalkan? [Riwayat al-Tirmidzi, Ibn Hibban dan Ad-Darimi]

No comments: