Nasihat Dan Teguran: Antara Terbaik, Dibenarkan & Dilarang
1. Cara Nasihat Terbaik - Secara Sirr/ Peribadi:
Cara tegur yang terbaik adalah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam:
مَن كانت عندَهُ نصيحةٌ لِذي سُلطانٍ فليأخذْ بيدِهِ فلْيخلُ بهِ فإن قبلَها قبلَها وإن ردَّها كانَ قد أدَّى الَّذي عليهِ
الراوي: عياض بن غنم المحدث: الألباني - المصدر:تخريج كتاب السنة - الصفحة أو الرقم: 1098
خلاصة حكم المحدث: صحيح
"Sesiapa yang mempunyai nasihat untuk pemerintah, hendaklah dia memegang tangnnya dan hendaklah dia melakukannya secara khalwah (peribadi); jika dia terima maka baguslah dia terima. Namun jika dia tolak maka pemberi nasihat telahpun melaksanakan tanggungjawabnya."

Al-Imam Al-Syafi'i rahimahullah menekankan perkara ini bahawa orang yang menasihati saudaranya secara (sirr) rahsia/peribadi, maka benar dia telah menasihatinya. Adapun orang yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di khalayak ramai) maka dia telah membuka aibnya dan mencelanya.
Al-Imam Al-Syafi'i rahimahullah berkata:
تعهّدني بنصحك في انفرادي ... وجنّبني النّصيحة في الجماعه
Tujukanlah nasihatmu kepadaku secara peribadi,
Janganlah engkau menasihatiku dalam khalayak;
فإنّ النّصح بين النّاس نوع ... من التّوبيخ لا أرضى استماعه
Kerna nasihat di tengah manusia adalah satu bentuk,
Daripada celaan yang tidak reda aku mendengarnya;
فإن خالفتني وعصيت قولي ... فلا تغضب إذا لم تعط طاعة
Maka jika engkau ingkar dan langgar sarananku,
Maka janganlah engkau marah jika engkau tidak ditaati.

2. Cara Nasihat Dibenarkan - Tegur Secara Terangan Dan Berhadapan
Tegur secara terang-terangan boleh jika pihak yang ditegur mendengar teguran secara langsung daripada pihak yang menegur itu. Ini menepati Sunnah dan menepati amalan Ulama Sunnah.
Dalam situasi ini, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan bahasa yang santun dan lemah lembut.
Allah mengarahkan Nabi Musa dan Nabi Harun Sallallahu alaihima wasallam untuk melembutkan bicara semasa menasihati Fir'aun agar beriman dan meninggalkan kezaliman. Firman Allah Ta'ala (Taha: 43-44):
اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya."
فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Namun, jika pemberi nasihat tersilap dengan berkasar dalam memberi nasihat, janganlah pihak yang dinasihati juga melakukan kesilapan dengan menolak kandungan nasihat itu, jika ada kebenaran dalamnya.
3. Cara Nasihat Dilarang - Tegur Secara Terangan Tetapi Tidak Berhadapan
Adapun menegur secara terang-terangan dalam kumpulan yang mana pihak yang ditegur tidak mendengar dan tidak pula berada dalam kumpulan itu maka ini menyalahi Sunnah dan menyalahi perbuatan Ulama Sunnah.
Bahkan ini menepati amalan fitnah golongan Khawarij. Dan perkara ini menjadi mudharat besar bila pihak yang ditegur secara berjauhan ini adalah pemerintah, kerana akibatnya adalah kebencian rakyat yang akhirnya boleh membawa kepada pemberontakan dan huru-hara.
Bacalah sejarah kemunculan Khawarij; pasti anda dapat membezakan antara petunjuk wahyu dan tarikan nafsu. Ingatlah bahawa nafsu yang membuak sering memandang rendah kepada wahyu yang utuh.
Ayuh ikut wahyu dan jangan ikut nafsu.
No comments:
Post a Comment