Kelas #17: 1 Nov 2015 @ 18 Muharram 1436
Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini..wa ba’d
Kita berdoa agar ditetapkan atas manhaj salaf, mengikuti tauladan para salaf. Manhaj salaf adalah bagi semua yang mengikut tauladan para Salaf. Moga kita dijauhkan dari sifat perasan diri mengikuti salaf serta memberi cop kepada orang lain sebagai tidak mengikut salaf hanya kerana orang itu tidak mengikut pendapat gurunya atau tidak mengekor pendapat syaikh yang disanjungnya.
Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum hadith kita pada malam ini insyaAllah.
Pada kelas yang lalu, kita telah melihat definisi hadith Syaz yang disebut juga sebagai Munkar. Telah kita jelas bahawa istilah Syaz dan Munkar adalah satu istilah yang sinonim sama erti, iaitu satu hadith yang tidak diketahui mana datangnya, atau yang baginya silap, baik silap pada isnad atau matan, baik perawi yang berbuat silap itu thiqah atau tidak, baik silap itu bersama mukhalafah atau tidak.
Mereka yang membezakan antara Syaz dan Munkar telah silap, silap dan silap.
Ramai penulis buku ulum hadith Mutaakhkhirin mensyaratkan bahawa hadith Munkar ialah hadith yang telah menyelisihinya perawi Dhaif atas perawi Thiqaat. Definisi ini adalah satu definisi yang bingung! Sebagaimana yang telah saya bawakan contoh-contoh dalam kelas yang lalu, kita dapat melihat para huffaz Salaf Mutqaddimin menggunakan istilah Munkar bagi hadith yang terdapat silap, baik peraei yang berbuat silap itu Thiqah atau Dhaif. Maka menghadkan hadith Munkar pada perawi Dhaif adalah satu kesilapan.
Juga saya telah jelaskan pada kelas yang lalu, para huffaz Mutaqaddimin menghukum hadith sebagai Munkar sebelum mereka menDhaifkan si perawi yang membawa hadith itu, maka bagaimana mungkin kita pula berkata syarat hadith Munkar ialah perawi itu mesti Dhaif??!
Imbas kembali apa yang pernah saya sebutkan dalam kelas lalu, apabila Ibn al-Junaid bertanya kepada al-Imam Yahya ibn Ma'in, "Muhammad bin Kathir al-Kufi, dia bagaimana?", maka jawab Ibn Ma'in "dia tidak mengapa (diterima, thiqah)", maka bertanya lagi Ibn al-Junaid kepada Ibn Ma'in: "sesungguhnya dia meriwayatkan hadith-hadith munkar!", maka berkata Ibn Ma'in "hadith mana?", maka Ibn al-Junaid menjawab, "dia meriwayat dari Ismail bin Abi Khalid dari al-Sya'bi dari al-Nu'man bin Basyir secara marfu' hadith (moga Allah mencerahkan wajah mereka yang mendengar hadith-hadith ku dan menyampaikannya)...maka berkata Ibn Ma'in, "sekiranya memang benar si syaikh (iaitu Muhammad bin Kathir al-Kufi) meriwayatkan ini maka dia pendusta!". Lihatlah al-Imam Yahya Ibn Ma'in, pada mulanya beliau menilai Muhammad bin Kathir al-Kufi sebagai thiqah kerana sepengetahuannya hadith-hadith yang beliau riwayatkan betul tiada salah menepati riwayat para manusia, namun apabila diberitahu kepadanya riwayat munkar (iaitu silap) yang diriwayatkan al-Kufi maka dia menilainya Dhaif bahkan menilainya sebagai Pendusta! Walaupun munkar di sini iaitu silapnya di sini adalah dari segi sanad bukannya matan hadith, kerana matan hadith yang di beritahu itu sememangnya Sahih.
Faham setakat ini?
Baik, itu baru muqaddimah dan imbasan kelas lalu.
Baik, pada kelas lepas saya telah membawa beberapa contoh hadith-hadith Munkar termasuklah hadith kelebihan membaca surah al-Kahfi khusus hari Jumaat, insyaAllah malam ini saya akan bawakan satu lagi contoh hadith Munkar, iaitu hadith berkenaan menggerak-gerak jari ketika tasyahud.
Kita akan berbincang hadith ini saja malam ini, kemudian berhenti insyaAllah.
Hadith yang dmaksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh Zaidah katanya telah mengkhabarkan kami 'Asim bin Kulaib katanya telah mengkhabarkanku Ayahku, bahawa sesungguhnya Wail bin Hujr al-Hadhrami mengkhabarkan kepadanya, bahawa dia melihat bagaiman Nabi SAW melakukan solay...- satu hadith yang agal panjang yang menceritakan tatacara Nabi bersolat, yang mana di akhir-akhirnya ketika menjelaskan tatacara tasyahud di sebut - "kemudian beliau menggenggam antara jari-jarinya dan beliau jadikan ia melingkar, kemudian beliau angkat telunjuknya dan kulihat beliau menggerak-gerakkannya sambil memanjatkan doa"
Typo: *bagaimana *solat *agak *
Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ahmad, dari jalur 'Abd al-Somad, juga dikeluarkan oleh al-Darimi, Ibn Khuzaimah, al-Baihaqi dari jalur Muawiyaj bin 'Amr,
Juga dikeluarkan oleh al-Nasaie dari jalur 'Abdullah ibn al-Mubarak
Juga dikeluarkan oleh Ibn al-Jarud dari jalur 'Abdurrahman bin Mahdi
Juga dikeluarkan oleh Ibn Hibban serta al-Tabarani serta al-Khatib dari jalur Abi al-Walid
Kesemua mereka berlima iaitu 'Abd al-Somad, Muawiyah, 'Abdurrahman bin Mahdi, Ibn al-Mubarak serta Abu al-Walid, meriwayatkan dari Zaidah dari 'Asim bin Kulaib dari Ayahnya dari Wail bin Hujr
Jika kita lihat kepada sanad ini, tampak ia adalah sanad yang muttasil bersambung dengan para rawi yang thiqah belaka, namun pada matannya terdapat lafaz yang Munkar iaitu lafaz "menggerak-gerakkannya", lafaz ini adalah lafaz tambahan (disebut ziyadah) yang tidak terdapat dalam jalur lain untuk hadith ini, iaitu telah menyendirinya Zaidah dalam membawa lafaz ini.
Sesungguhnya Zaidah telah waham silap dalam membawa lafaz tambahan ini.
Antara qarain petunjuk kuat bahawa telah waham (silapnya) Zaidah dalam membawa lafaz tambahan ini ialah:
1- Dia menyendiri dalam membawa lafaz tambahan ini, tiada yang mengeikutinya dalam membawa lafaz tambahan ini.
Berkata al-Imam Ibn Khuzaimah sejurus meriwayatkan hadith ini dari jalur Zaidah: "tiada langsung satupun yang membawa lafaz "menggerak-menggerak" ini, kecuali Zaidah seorang yang menyebutkannya"
Typo: *mengikutinya
2- Bersama-sama dengan tafarrud (menyendiri)nya Zaidah dalam membawa tambahan lafaz ini, dia juga telah menyelisihi (mukhalafah) dengan para perawi yang lebih ramai bahkan lebih thiqah dari dirinya.
Iaitu hadith yang sama ini turut diriwayatkan oleh Sufyan al-Thauri, Sufyan Ibn 'Uyainah, Syu'bah, Bisyr, Abu al-Ahwas, 'Abdullah bin Idris, Khalid bin 'Abdullah al-Wasithi, 'Abdul Wahid bin Ziyad, Zuhair bin Mu'awiyah, Abi 'Awanah, Qays bin al-Rabi', Ghailan bin Jami', 'Ubaidah bin Humaid, Musa bin Abi Kathir, Jarir, 'Anbasah bin Sa'id al-Asdi, Soleh bin Umar, serta Muhammad (iaitu Ibn al-Fudhail).
Kesemua 18 orang mereka meriwayatkan hadith ini dari 'Asim bin Kulaib dari Ayahnya dari Wail bin Hujr hadith yang sama tanpa lafaz tambahan "menggerak-gerak".
Diulang 18 orang, 18 orang, iaitu Zaidah telah menyelisihi 18 orang perawi yang lebih thiqah dari beliau.
Kesemua ini menunjukkan bahwa Zaidah telah silap ketika meriwayatkan hadith ini, dengan menambah lafaz "menggerak-gerak".
Sebahagian berkata, "bukankah Zaidah itu thiqah?", ya kita tidak menafikan bahawa Zaidah adalah seoranh thiqah, bahkan telah saya sebutkan pada awal-awal takhrij bahawa sanad hadith jalur Zaidah muttasil dengan para thiqaat semuanya. Namun thiqahnya Zaidah tidak mencapai tahap thiqahnya Sufyan al-Thauri, apatah lagi tahap Sufyan Ibn 'Uyainah, jika Zaidah menyelisihi satu dari mereka berdua saja sudah cukup menjadikan riwayatnya silap, inikan pula beliau menyelisihi kedua Sufyan! Bahkan menyelisihi lagi 18 orang perawi thiqaat yang telah mengatasi beliaundari segi dhabit dan itqan!
Ini jelas menunjukkan bawa Zaidah telah melakukan kesilapan, dan dia waham dalam membawa lafaz tambahan "menggerak-gerak".
Thiqah bukan bermaksud tidak boleh melakukan kesilapan. Berbuat silap adalah fitrah yang Allah jadikan kepada manusia. Hanya saja sang thiqah silapnya sedikit berbanding sang dhaif, bukan bermaksud tiada silap langsung.
Tambahan perawi thiqah (ziyadah al-thiqah) bukanlah sentiasa diterima. Bab ini kita akan bincangkan dalam kelas mendatang insyaAlllah berkenaan penerimaan ziyadah sang thiqah.
Cuma bagi hadith ini suka saya bawakan kisah yang pernah dibawakan oleh guru saya al-Syaikh Maher Yasin al-Fahl, dialog antara al-Syaikh Muqbil al-Wadie serta al-Syaikh 'Abdul Wahhab al-Wishabi, kisah ini berlaku di Darul Hadith di Dammaj, Yaman.
No comments:
Post a Comment