Bulan oktober 2017, maka merdekalah aku dari hutang membayar kereta Triton selama 9 tahun, dengan bulanan sebanyak RM900. Lagi mencabar apabila menyedari road tax kereta dah mati selama 9 bulan rupanya. Nasiblah tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku selama waktu itu. Namun agak malang pada 26 Oktober 2017, isteri saya terdengar bunyi seperti getah talipinggan memukul dinding engine kereta. Apabila saya periksa, kali terakhir saya menukar timing belt ialah pada tahun 2012 mileage 102k pada masa itu, sekarang mileage saya ialah 178k, kalau diikutkan belum lagi sampai tempoh untuk penukaran belting.
Keesokan harinya saya menggagahi memandu kereta saya ke EON Automart Jalan Tuaran dari Pekan Papar. Sepanjang perjalanan saya membawa dengan kelajuan 60km/jam dan banyakkan berdoa semoga sampai ke destinasi. Lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya sampai di EON Automart, sesampainya sahaja, kereta saya tidak dapat lagi dihidupkan. Terus berurusan di kaunter dengan staff bernama Suhaimi dan anggaran harga ialah RM2000.
Kereta saya selesai dibaiki pada 31 Oktober 2017, kos yang saya harus bayar ialah RM1900, mujurlah tiada kerosakan yang teruk berlaku.
No comments:
Post a Comment