ANGGARAN UPAH
Sumber FB https://www.facebook.com/214176769148709/posts/anggaran-upahdalam-posting2-lepas-saya-ada-sebutkan-penjimatan-antara-20-30-pera/220563001843419/
Dalam posting2 lepas, saya ada sebutkan penjimatan antara 20-30 peratus jika pemilik mengurus sendiri pembinaan rumah.
Namun untuk urus sendiri, perlu tahu dan faham proses2 dalam pembinaan tersebut, sebab semua keputusan kena buat sendiri.
Jika kurang tahu dan tidak mahir, bimbang bukan penjimatan 20-30 peratus yang dapat, tetapi rugi beratus-ratus peratus.
Saya ada senarai panjang kawan2 yang mengalami nasib begini, sungguh kasihan. Tapi nasi sudah jadi bubur, walaupun terpaksa kena telan juga.
Punca besar masalah2 tersebut adalah karenah tukang, terutamanya apabila pemilik terlebih bayar upah berbanding progres kerja.
Saya akan bincang dalam posting lain upah2 yang boleh dibayar berdasarkan peratusan progres kerja, tetapi sebelum tu saya senaraikan dulu tukang2 dan kadar upah yang terlibat dalam pembinaan sesebuah rumah.
Kadar upah ini adalah kadar purata bagi rumah dengan spesifikasi standard, mungkin berkurang sedikit atau bertambah sedikit berdasarkan spec atau persetujuan dengan tukang2 tersebut.
1. Tukang Induk
Tukang induk ini menguruskan pembinaan induk rumah tersebut, bermula daripada peket, perabung, kaki lima sehingga memasang pintu2.
Kadar upah di Terengganu dalam anggaran RM22 untuk keluasan 1 kaki persegi. Jika rumah 2000 kaki persegi, upah tukang induk adalah RM44 ribu.
Walau bagaimanapun upah ini fleksibel mengikut reka bentuk rumah dan perundingan dengan mereka, boleh berkurang dan boleh jadi bertambah.
Nasihat saya, sebelum mengupah mana2 tukang, tengok dahulu hasil kerja mereka sebelum itu, lawati rumah2 yang telah disiapkan.
Jangan terus bersetuju tanpa tengok track rekod sebelum, bimbang mahligai impian hancur berkecai.
2. Tukang Paip
Kadar upah tukang paip adalah RM1 sekaki persegi mengikut luas rumah. Jika rumah 1800 kp, upah tukang paip adalah RM1800.
Spesifikasi kerja tukang paip adalah belah dinding dan lantai untuk tanam paip, penyambungan dan pemasangan pili2, mangkuk tandas, sinki dan pemasangan tangki air dalaman.
Upah RM1 kp adalah untuk kerja2 dalaman rumah. Jika tambah pili di luar rumah, kadarnya sekitar RM30 bagi 1 pili.
Semua urusan penyambungan paip daripada meter sudah termasuk dalam upah RM1 kp ini. Kerja2 penyambungan luar pagar, perlu upah kontraktor air berlesen lain.
3. Siling Kapur
Untuk siling kapur, saya lebih suka upah terus tukang sekali dengan barang, maksudnya tukang beli barang sendiri.
Jika siling kapur standard 1 lapis rata, kadarnya adalah RM2.80 sekaki persegi, termasuk skirting.
Jika siling berlapis, bertingkat atau bercorak, harganya akan bertambah menngikut perundingan, biasanya RM3.50 hingga RM4.00.
4. Tukang Mozek
Untuk lantai, upah mozek sekitar RM2 sekaki persegi, termasuk render.
Untuk bilik air saiz standard dengan mozek dinding ketinggian sekitar 7 kaki, upah RM500-RM700 sebuah.
Untuk tangga, table top dan slab kabinet, upah sekitar RM8-RM12 sekaki panjang, boleh runding2 berdasarkan design yang ada.
5. Tukang Cat
Upah tukang cat dalam anggaran RM1.80 sekaki persegi mengikut keluasan rumah.
Spek kerja adalah 1 lapisan sealer untuk dinding dalam, dinding luar dan siling.
2 lapis kemasan cat untuk dinding2 dan siling.
Bagi cat pagar tembok berketinggian 5 kaki, upah sekitar RM 5 sekaki panjang.
6. Tukang Elektrik
Untuk kerja2 pendawaian, saya lebih suka upah tukang bersekali dengan barang.
Harga bergantung kepada jenis wayar dan soket yang dipilih.
Projek2 saya kebanyakkan guna wayar jenis Mega, atau Karamel jika harga rumah diturunkan sedikit.
Kos pendawaian jika menggunakan wayar yang diakui kualiti dalam anggaran seperti berikut;
Lampu/kipas = RM65
PLug = RM85
Aircond = RM100
DB Box utk single phase = RM500
Upah pasang lampu = RM10-RM15
Upah pasang kipas = RM15-RM25
7. Tukang Pagar
Untuk pagar konkrit penuh ketinggian 5-6 kaki, upah sekitar RM35 sekaki panjang.
Untuk pagar chain link dgn beam konkrit 1-2 kaki, upah RM12 sekaki.
Ini tidak termasuk upah tok bomoh atau ustak2 pagar rumah secara batiniah, yang ni saya tak campur, tak tahu harga upah mengikut pasaran.
8. Tukang Kumbahan
Saya tak tahu untuk namakan tukang yang ni, buat sementara saya namakan tukang kumbahan. Minta maaf kepada kawan2 tukang, nampak kejam sikit jenama ni.
Spec kerja tukang ini adalah bina sel/mainhole, tanam septik tank serta kerja2 penyamvungan paip dalam sistem kumbahan ini.
Anggaran upah seperti berikut;
Sel/main hole = RM200 sebiji
Septik tank = RM1000 sebiji
Telaga buang = RM500 sebiji
Ada juga tukang2 yang charge upah tambahan berdasarkan panjang paip utama, terpulang kepada perundingan.
Sekadar ingatan: Walaupun bukan di persimpangan tandas keluar, buat juga tambahan main hole jika jarak melebihi 30 kaki. Berkorbanlah 2-3 ratus rial untuk kebahagiaan masa depan.
9. Tukang Tingkap
Untuk menjimatkan kos, majoriti rumah2 sekarang menggunakan frame aluminium untuk tingkap2 dan pintu sliding.
Jika sebelum ini tugas memasang frame kayu dan daun tingkap kayu adalah dalam bidang tugas tukang induk, tetapi sekarang bertambah satu lagi yang dinamakan tukang jendela.
Tukang induk hanya tinggalkan ruang kosong utk jendela dan sliding (pesan minta kukuhkan vito), tukang jendela akan datang pasang frame sebelum proses plaster bermula.
Harga upah tukang tingkap termasuk barang sekitar RM16 sekaki luas. Kami biasanya guna frame aluminum hitam dan cermin gelap/hitam untuk rumah2 projek kami.
10. Tukang Masak
Yang ni saya tak tahu, berunding elok2 dengan bakal pak mertua korang.
No comments:
Post a Comment