Sunday, September 27, 2009

Akikah Dan Kurban Di Makan Bukan Muslim


Soalan: Saya mempunyai jiran tetangga bukan muslim. Apabila saya mengadakan kurban atau akikah saya difahamkan saya tidak boleh memberi kepada mereka. Saya merasa serba salah, apakah memang merka tidak dibenarkan memakan daging kurban dan akikah?.

Jawapan: Pendapat yang tepat ialah selagi mana seseorang kafir itu tidak memerangi Islam maka boleh diberikan kepada mereka daging kurban atau akikah kerana tiada dalil yang melarang perkara ini. Bahkan kita digalakkan berbuat baik kepada mereka dengan harapan mereka tertarik kepada Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah: 8-9: (maksudnya) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

No comments: