Monday, August 27, 2012

Monday, August 20, 2012

Ajaran sesat yang anda perlu tahu..

Tariqat Naqsyabandiah Syeikh Nazim al-Haqqani, lahir pada tahun 1922, di Cyprus mendapat pendidikan di Istanbul Turki dan mempunyai Ijazah dalam Kejuruteraan Kimia, beliau pada masa yang sama belajar agama di Turki dan lebih cenderung kepada spiritual berbanding sains. Beliau menguasai 4 bahasa, iaitu bahasa Turkey, Arab, English dan Greek. Beliau merupakan ketua kepada Naqsyabandy Sufi Order, bacaan lanjut mengenai beliau boleh dibaca melalui link berikut , klik 
klik masterofsufi

Monday, August 13, 2012

Persoalan Menggerakkan Jari Tangan Semasa Tahiyyat..

Persoalan ini juga menarik untuk dikaji, yang penting kita ada kemahuan dan minat untuk mencari dalil dan hujjah yang lebih kuat, janganlah hendaknya kita mengikuti sesuatu itu tanpa ilmu kerana Allah SWT berfirman, dalam Surah Al-Isra' ayat 36 :


"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata, 
"Ilmu adalah pemimpin amal dan amal adalah pengikutnya." 

Demikian juga dengan sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang beramal tanpa ilmu maka adalah lebih banyak membawa kerosakan daripada kebaikan" .                                  
(Riwayat Abi Said)


Saturday, August 11, 2012

Arkib dan Artikel menarik..

Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff ... Baca

Wednesday, August 08, 2012

Kewajiban Mentauhidkan Allah dlm Ketaatan


11JAN
Universiti Islam Madinah Nabawiah, Arab Saudi
Ucapan Syahadah yang diucapkan seorang muslim mengandungi ikrar dan pengakuan terhadap ketunggalan ALLAH s.w.t sebagai ILAH yakni yang berhak disembah dan ditaati dengan sepenuh kecintaan, pengharapan, ketakutan, ketundukan, dan kepatuhan.

Berdoa Sepanjang Ramadhan


Orang-orang yang berpuasa khususnya di dalam bulan Ramadhan memiliki beberapa kelebihan untuk berdoa. Ia termasuk dalam beberapa ketika dan situasi doa yang dimakbulkan oleh Allah.
Satu daripadanya ialah ketika menjelang waktu berbuka puasa. Doa yang tidak akan ditolak itu dilakukan pada saat berbuka. Abdullah bin Umar rhm. juga pernah meriwayatkan sebuah hadis dari Nabi yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai satu kesempatan berdoa yang tidak akan ditolak pada saat ia berbuka puasa.” (riwayat Imam Ibnu Majah & al-Hakim)
Selain dari waktu berbuka, di dalam bulan Ramadan juga memberikan banyak kesempatan waktu-waktu berdoa yang makbul. Antara waktu doa yang makbul ialah :

Tuesday, August 07, 2012

Cerita Nabi Musa

Musa Membelah lautan :


20:77
Sahih International
And We had inspired to Moses, "Travel by night with My servants and strike for them a dry path through the sea; you will not fear being overtaken [by Pharaoh] nor be afraid [of drowning]."
Indonesian
Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".
20:78
Sahih International
So Pharaoh pursued them with his soldiers, and there covered them from the sea that which covered them,
Indonesian
Maka Fir'aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka. 

Dan dalam Bible pula, ceritanya seperti berikut :
Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Mengapakah engkau berseru-seru demikian kepada-Ku? Katakanlah kepada orang Israel, supaya mereka berangkat.

Dan engkau, angkatlah tongkatmu dan ulurkanlah tanganmu ke atas laut dan belahlah airnya, sehingga orang Israel akan berjalan dari tengah-tengah laut di tempat kering.

Tetapi sungguh Aku akan mengeraskan hati orang Mesir, sehingga mereka menyusul orang Israel, dan terhadap Firaun dan seluruh pasukannya, keretanya dan orangnya yang berkuda, Aku akan menyatakan kemuliaan-Ku.

Tayammum..

Hari ini, saya mahu belajar mengenai tayammum, kepada sesiapa yang sudah tahu dan mahir bab ini, bolehlah berkongsi dengan saya disini, yang penting kemukakan pandangan Ulama mana, apa dalil dan hujahnya..

berikut adalah beberapa link yang saya rasa bermanfaat untuk dibaca, bagi memulakan perbincangan selanjutnya :

Pendapat Abu Hanifah klik 

Tulisan Mohd Rawizal dari KUIS klik

Klip Video youtube klik

Youtube penjelasan DR Maza (Mantan Mufti Perlis), klik 
         - Cukup tepuk sekali, riwayat sahih, Bukhari dan Muslim.
         - Tepuk dua kali, riwayat tidak berapa kuat.

Video berikut menerangkan dengan dalilnya sekali, klik

Tajuk lain, mengenai khuf, klik

Video tayamum in English, dengan dalil, klik 

Budak budak boleh tengok video mengenai tayamum disini, klik

Cara Bertayamum :

Bismillah
Tepuk debu dengan dua belah tangan
Niat semasa sapu muka

Hanafi, Maliki dan Syafi'e mengatakan perlu dua kali tepuk.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Sayyidina Ali, Al-Hassan, As Sya'bi, Al-Thauri..
Dalil :

إِلَى اَلْمِرْفَقَيْنِ - رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَصَحَّحَ اَلْأَئِمَّةُ وَقْفَه.

Daripada Ibn ‘Umar r.hm. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tayammum itu dua kali tepuk satu untuk muka dan satu untuk kedua-dua tangan sampai ke siku. (al-Daruqutni. Para imam hadis mengatakan yang sahih adalah mawquf)


Ahli hadis berkata, hadis ini tak sampai kepada Nabi, hanya sampai setakat Ibnu Umar sahaja (Dr. Abdul Basit). Sanad sahih kepada Ibnu Umar sahaja.

Ibn Hajar kata tidak sah hadis ini di marfu' kpd Nabi.
Kata Imam Nawawi dalam al-majmu' hadis umamah yng menjelaskan tayamum dua kali tepuk ini adalah mungkar dan tidak ada asal daripada Nabi, tapi sabit kepada amalan Ibn Umar.

Dalil kedua adalah qias kepada wudhuk.

Pandangan kedua ialah sekali tepuk sahaja dan tidak perlu dua kali tepuk.
Pendapat ini ialah pendapat Imam Ahmad, Ishak.
Al-Khatabi mengatakan ini adalah pandngana kebanykn Ulama ahli hadis.

Dalil :



وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
  بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ  صلى الله عليه وسلم  فِي حَاجَةٍ, فَأَجْنَبْتُ, فَلَمْ أَجِدِ اَلْمَاءَ, فَتَمَرَّغْتُ فِي اَلصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ اَلدَّابَّةُ, ثُمَّ أَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ  صلى الله عليه وسلم  فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ, فَقَالَ: "إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَقُولَ بِيَدَيْكَ هَكَذَا" ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدَيْهِ اَلْأَرْضَ ضَرْبَةً وَاحِدَةً, ثُمَّ مَسَحَ اَلشِّمَالَ عَلَى اَلْيَمِينِ, وَظَاهِرَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم ٍ  .

Daripada ‘Ammar bin Yasir r.hma. katanya, Rasulullah s.a.w.menghantar saya untuk satu urusan, tiba-tiba saya berjunub dan tidak mendapati air. Lalu saya bergelumang di atas tanah seperti yang dilakukan oleh haiwan kemudian saya menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan perkara tersebut kepadanya. Baginda bersabda: “Sebenarnya memadai untuk kamu untuk berbuat begini”. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk tanah dengan kedua-dua tapak tangannya kemudian menyapu yang kanan dengan yang kiri, belakang tapak tangan dan wajahnya. (Mutaffaq ‘Alayh Ini adalah lafaz Muslim).


Pandangan kedua ini lebih kuat, sebab hadisnya adalah sahih, manakala pandangan pertama itu adalah Qias kepada wudhu', para Ulama (Pandangan kedua) mempersoalkan bagaimana Qias dilakukan sebab tayamum menggunakan tanah sedangkan wudhu' adalah dengan air. Lagipun hadis pertama tidak sampai kepada Nabi dan hanya sabit kepada Ibn Umar sahaja.

Walau bagaimanapun, amalan tayamum dua kali tepuk dan sapu hingga kesiku, tidaklah boleh diengkari sebab ia adalah sabit kepada beberapa orang Sahabat Nabi dan juga beberapa mazhab yang lain, termasuk Imam Syafe'i.

-------------------









Saturday, August 04, 2012

What are the Sunnahs of fasting?



Praise be to Allaah.
There are many Sunnahs of fasting, including the following: 
1 – It is Sunnah if someone insults you to respond in a better manner and say, “I am fasting,” because of the report narrated by al-Bukhaari and Muslim from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him), that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Fasting is a paradise so there should be no obscene or offensive talk or behaviour. If a person fights him or insults him, let him say, ‘I am fasting,’ twice. By the One in Whose hand is my soul, the smell coming from the mouth of the fasting person is better before Allaah then the fragrance of musk. [Allaah says:] ‘He gives up his food, drink and desire for My sake. Fasting is for Me and I will reward for it, and a good deed receives the reward of ten like it.’” Al-Bukhaari, no. 1894; Muslim, 1151. 

Friday, August 03, 2012

Permasalahan Mengenai Muzik dan Hukum Mendengar Muzik serta Nyanyian


Permasalahan Mengenai Muzik dan Hukum Mendengar Muzik serta Nyanyian

Membincangkan mengenai hukum muzik dan nyanyian ianya akan memenatkan kita kerana persoalan ini ialah ibarat satu persoalan fitrah yang berlawanan dengan hukum.

Permasalahan muzik dan nyanyian ini termasuk perkara syubhat yang tidak diketahui akan hukum sebenarnya secara jelas lantaran ianya secara fitrah berlaku dan terjadi dengan meluas dan secara hukum tidak menyebut keharaman dan larangan secara terang.

Adab Islam dalam menghormati Ulama dan kelebihan Orang Berilmu

Dr. Ahmed Abdul Hadi Syahin

Ulamak adalah pewaris para nabi. Allah telah memilih mereka supaya membawa agama dan syariat. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah. Tugas mereka adalah menunjukkan manusia jalan kepada Allah. Firman Allah:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (Fusshilat: 33)
Firman Allah:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Fathir: 28)