Monday, August 13, 2012

Persoalan Menggerakkan Jari Tangan Semasa Tahiyyat..

Persoalan ini juga menarik untuk dikaji, yang penting kita ada kemahuan dan minat untuk mencari dalil dan hujjah yang lebih kuat, janganlah hendaknya kita mengikuti sesuatu itu tanpa ilmu kerana Allah SWT berfirman, dalam Surah Al-Isra' ayat 36 :


"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".

Saidina Ali Bin Abi Talib berkata, 
"Ilmu adalah pemimpin amal dan amal adalah pengikutnya." 

Demikian juga dengan sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang beramal tanpa ilmu maka adalah lebih banyak membawa kerosakan daripada kebaikan" .                                  
(Riwayat Abi Said)




Baca link berikut : 

Hafizfirdaus

                        ".... Kesimpulannya, dalam bertasyahhud, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menggerak-gerakkan jari telunjuknya secara berterusan dan sesekali beliau hanya menunjuk jari telunjuknya ke arah kiblat tanpa menggeraknya dari awal hingga salam. Oleh itu kedua-duanya mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullahshalallahu 'alaihi wasallam. Maka bebas bagi umat Islam memilih untuk beramal antara kedua-duanya tanpa ragu-ragu. Manakala amalan mengangkat jari telunjuk ketika إِلاَّ اللَّهُ   illallah (dari kalimah  لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُlaa ilaaha illallah) ketika bersyahadah sememangnya tidak memiliki dalil yang sahih serta ianya bukan dari ajaran al-Syafi’i rahimahullah. Maka sewajarnya pembaca-pembaca yang budiman melakukan penilaian semula ke atas amalan tersebut."
             
Susunan Rasul Dahri
                       "..Kesimpulan:

1 - Adalah suatu sunnah untuk menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahhud.

2 – Ia dilakukan dengan jari telunjuk tangan kanan.

3 – Kedudukan jari boleh sama ada 1 - dengan keadaan ibu jari menggenggam jari-jari yang lainnya, manakala jari telunjuk (tidak digenggam oleh ibu jari) ditegakkan ke arah kiblat dan digerak-gerakkan. Atau 2 - ibu jari dan jari tengah ditemukan sehingga membentuk satu lingkaran, dan jari telunjuk ditegakkan ke arah kiblat sambil digerak-gerakkan. "


Ikuti penerangan Ust Rasul Dahri dlm Youtube berikut, Klik disini

Penerangan Oleh Ustaz Fathul Bari klik disini

Penerangan Ustaz Hakim Abdat Klik disini

Cara menggerakkan jari klik disini

Penjelasan Maulana Mohd Asri klik disini

Moving index finger in prayer click here

Mohd Nazrin blog

Rumah Fiqih Indonesia, klik sini

Ikuti penerangan oleh Syeikh Abdul Aziz Ibn Baaz, pernah menjadi Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1992 - 1999 (meninggal dunia), klik disini

Link diatas bersetuju bahawa menggerakkan jari itu dibenarkan dan sunnah Nabi, namun ada pula beberapa link berikut yang menentang menggerakkan jari dan mengatakan ianya bukan sunnah, maka terpulang kepada kalian untuk memilih mana satu yang lebih kuat hujahnya, sila ikuti link dibawah :



Kesimpulan, maka saya dapati tidak banyak laman web yang mengatakan amalan menggerakkan jari itu dilarang atau bukan sunnah, mengenai Ustaz Alghari, hendaklah kalian kenali beliau ini, memang anti dengan Ustaz yang tidak sealiran dengannya, hampir semua Ustaz diatas dikatakannya Wahhabi, maka bagi saya Alghari bukanlah rujukan saya, sebab ia lebih kepada emosi dan bukannya bersandarkan kepada fakta sebenar.

Sekian... 

Nah Ini kali lah....








No comments: