berikut adalah beberapa link yang saya rasa bermanfaat untuk dibaca, bagi memulakan perbincangan selanjutnya :
Pendapat Abu Hanifah klik
Tulisan Mohd Rawizal dari KUIS klik
Klip Video youtube klik
Youtube penjelasan DR Maza (Mantan Mufti Perlis), klik
- Cukup tepuk sekali, riwayat sahih, Bukhari dan Muslim.
- Tepuk dua kali, riwayat tidak berapa kuat.
Video berikut menerangkan dengan dalilnya sekali, klik
Tajuk lain, mengenai khuf, klik
Video tayamum in English, dengan dalil, klik
Budak budak boleh tengok video mengenai tayamum disini, klik
Cara Bertayamum :
Bismillah
Tepuk debu dengan dua belah tangan
Niat semasa sapu muka
Hanafi, Maliki dan Syafi'e mengatakan perlu dua kali tepuk.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, Sayyidina Ali, Al-Hassan, As Sya'bi, Al-Thauri..
Dalil :
إِلَى اَلْمِرْفَقَيْنِ - رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَصَحَّحَ اَلْأَئِمَّةُ وَقْفَه.
Daripada Ibn ‘Umar r.hm. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tayammum itu dua kali tepuk satu untuk muka dan satu untuk kedua-dua tangan sampai ke siku. (al-Daruqutni. Para imam hadis mengatakan yang sahih adalah mawquf)
Ahli hadis berkata, hadis ini tak sampai kepada Nabi, hanya sampai setakat Ibnu Umar sahaja (Dr. Abdul Basit). Sanad sahih kepada Ibnu Umar sahaja.
Ibn Hajar kata tidak sah hadis ini di marfu' kpd Nabi.
Kata Imam Nawawi dalam al-majmu' hadis umamah yng menjelaskan tayamum dua kali tepuk ini adalah mungkar dan tidak ada asal daripada Nabi, tapi sabit kepada amalan Ibn Umar.
Dalil kedua adalah qias kepada wudhuk.
Pandangan kedua ialah sekali tepuk sahaja dan tidak perlu dua kali tepuk.
Pendapat ini ialah pendapat Imam Ahmad, Ishak.
Al-Khatabi mengatakan ini adalah pandngana kebanykn Ulama ahli hadis.
Dalil :
وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي حَاجَةٍ, فَأَجْنَبْتُ, فَلَمْ أَجِدِ اَلْمَاءَ, فَتَمَرَّغْتُ فِي اَلصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ اَلدَّابَّةُ, ثُمَّ أَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ, فَقَالَ: "إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَقُولَ بِيَدَيْكَ هَكَذَا" ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدَيْهِ اَلْأَرْضَ ضَرْبَةً وَاحِدَةً, ثُمَّ مَسَحَ اَلشِّمَالَ عَلَى اَلْيَمِينِ, وَظَاهِرَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم ٍ .
Daripada ‘Ammar bin Yasir r.hma. katanya, Rasulullah s.a.w.menghantar saya untuk satu urusan, tiba-tiba saya berjunub dan tidak mendapati air. Lalu saya bergelumang di atas tanah seperti yang dilakukan oleh haiwan kemudian saya menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan perkara tersebut kepadanya. Baginda bersabda: “Sebenarnya memadai untuk kamu untuk berbuat begini”. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk tanah dengan kedua-dua tapak tangannya kemudian menyapu yang kanan dengan yang kiri, belakang tapak tangan dan wajahnya. (Mutaffaq ‘Alayh Ini adalah lafaz Muslim).
Pandangan kedua ini lebih kuat, sebab hadisnya adalah sahih, manakala pandangan pertama itu adalah Qias kepada wudhu', para Ulama (Pandangan kedua) mempersoalkan bagaimana Qias dilakukan sebab tayamum menggunakan tanah sedangkan wudhu' adalah dengan air. Lagipun hadis pertama tidak sampai kepada Nabi dan hanya sabit kepada Ibn Umar sahaja.
Walau bagaimanapun, amalan tayamum dua kali tepuk dan sapu hingga kesiku, tidaklah boleh diengkari sebab ia adalah sabit kepada beberapa orang Sahabat Nabi dan juga beberapa mazhab yang lain, termasuk Imam Syafe'i.
-------------------
No comments:
Post a Comment