Friday, November 08, 2013

Muhibbah 5703

Thestar bertarikh  07 Nov 2013:
Muhibbah wins two airport jobs.
two contracts worth US 87mil (RM276mil), terminal di Phnompenh.

baca maklumat company ini dalam tradesignum




Thursday, November 07, 2013

TA Entreprise 4898

Sumber :

harga sudah terlalu tinggi.. mcm susah sudah nak naik ni... (07 Nov. 2013 : 0.795)..
RSI : Overbought.

Namun price target oleh HWANGDBS ialah RM1.00 dan Price Call : BUY klik
Zamsaham turut menjangkakan kenaikan harga saham ini.

Sunday, November 03, 2013

Suria Capital Holdings Berhad

Lama dah aku tak tengok pelaburan ku.. harga suria capital holdings sudah melonjak ke RM 1.68 sekarang (09.01.2013).. b4 1.49 (Nov 2012)..

24.07.2013 Suria RM1.86

01 Nov 2013 Suria Capital (6521) berharga RM2.03 sumber

Berdasarkan chart di link berikut : iInvestor adalah pada pendapat saya, pergerakan saham ini ialah uptrend, sejak bulan Ogos 2013.


Pelajari istilah saham di sini.. klik
Latest news di sini klik
warren buffet klik
Stock watchlist
i3investor
Bursa Suria Price
Research report from bursa CBRS
MalaysiaPLC
Research report CMDF











Laman blog Pelaburan yang menarik :

propertywaltz

mohdzulkifli

Perisai Petroleum Teknologi BHD 0047

Maklumat dari Bursamalaysia
Company website

01 Nov 2013 berharga RM1.40



Wednesday, October 16, 2013

Muhammad dalam Bible

Muhammad dalam Kitab Yahudi..

Pergi ke laman mechon, (laman bible),  song of songs 5:16.


copy perkataan מַחֲמַדִּים; dari ayat 16, dan terjemahkan ayat ini dari Hebrew kepada English,
dalam google translate ia diterjemahkan sbg : mhmdim.

Saturday, October 12, 2013

Tasawuf dan Sufi.

Ada yang mengatakan Sufi dikaitkan dengan Shuffah, iaitu tempat tinggal orang-orang miskin dari kaum Muhajirin saat mereka sampai di Madinah.

Bila ia muncul ? Diakhir abad ke-2 di Baghdad.

Klik ceramah DrZulkifli Bakri

Menurut ceramah diatas, tasauf pada hakikatnya adalah akhlak yang terpuji, mengangkat manusia ke martabat yang paling tinggi dan sempurna.

Ustaz Hakim Abdat klik


Sunday, September 22, 2013

Demokrasi

Demokrasi berasal daripada perkataan Greek (dēmokratía) "rule of the people". Dimana 'Demos' merujuk kepada 'Rakyat' (people) dan 'Kratos' ialah kuasa atau peraturan (Power or rule). Istilah 'Demokrasi' bermula dalam Politik Greek purba (ancient Greek political and philosophical thought), yang diketuai oleh Cleisthenes (lahir ; 570 BC- 508 BC-meninggal), dikenali sebagai 'as the founder of Athenian democracy'.


Sejarah demokrasi di Eropah mencatatkan pelbagai sejarah yang menarik, diantaranya ialah 'Englisg Civil War'... bersambung




Thursday, September 19, 2013

Lebih kurang pada tahun 570M, pada bulan Rabi'ul awwal lahirnya seorang lelaki bernama Muhmmad. Ayahnya meninggal dunia 6 bulan sebelum dia dilahirkan.

Pada usia 40 tahun, beliau menerima wahyu pertama di Gua Hira
Pada awalnya, mereka yang menerima Islam itu ialah isteri Nabi Khadija, sepupu Nabi Ali Ibn Abi Talib (berusia 10 tahun), kawan rapat baginda Abu Bakr dan anak angkat Nabi Zaid.

Sekitar tahun 613 M, Nabi mula diperintahkan untuk berdakwah secara terbuka,









Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad
Quran as a miracle



Sunday, September 15, 2013

Ringkasan dari 
laman UIS

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
“Di antara tanda-tanda Hari Kiamat adalah diangkatnya ilmu dan kejahilan berleluasa.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari para hamba, tetapi Allah mencabut ilmu dengan dimatikan para ulama, sehingga apabila ulama tidak tersisa lagi, manusia akan mengambil orang-orang yang jahil, maka mereka (orang-orang jahil) ditanya maka mereka berfatwa tanpa ilmu. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bermulanya sejarah perkembangan mazhab adalah terhasil dari perkembangan ilmu dengan fokus utamanya ialah Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ilmu (ilmu fekah). Ilmu Feqah telah mula dibukukan dan disusun pada zaman Tabi' Al-Tabi'in.

Namun selepas generasi Tabi' Al-Tabi'in, fokus kajian telah beralih kepada mempelajari Mazhab dan ilmu yang dibawa oleh Ulama-ulama Mazhab, ia bermula dengan ilmu kemudian bertukar menjadi Mazhab.
Fokus mula beralih dari fokus kepada Al-Quran dan Sunnah kepada fokus kepada Mazhab.  Kata-kata ulama dalam mazhab itu menjadi sumber utama kepada ilmu fekah yang dibincangkan, manakala dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah seakan-akan diketepikan dan dilupakan.
Pada suatu ketika sampai ke satu tahap di mana kata-kata ulama itu menjadi dalil dan hujjah. Bahkan jangan terkejut kalau kita lihat tidak ada dalil Al-Quran dan Sunnah yang disebut dalam buku-buku fekah mazhab. Apa yang ada semuanya aqwal Ulama (kata-kata Ulama).
Maka beralihlah umat Islam dari ittiba’ kepada Al-Quran dan Sunnah menjadi taqlid kepada mazhab. Pada tiga generasi pertama, keutamaan diberikan kepada ittiba’ Al-Quran dan Sunnah, tetapi pada generasi yang datang berikutnya sehinggalah ke hari ini, ia telah beralih kepada taqlid kepada mazhab (ikut mazhab semata-mata).
Baca selanjutnya disini : klik








Thursday, September 05, 2013

05 Sept 2013

Ganti EGR di Aragaya, terbanglah duit ku RM1200 + 300 .. klik for reading about EGR.
Animasi EGR klik here

Lihat harga kereta di CarList


31.08.2013

Melawat saudara mara di Bayangan Keningau,









Tuesday, April 16, 2013

Komen Menilai Ibadah Orang Lain.


Sabda Nabi di dalam hadis,
الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah salat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, An Nasa-i, Ibnu Majah. Dinilai sahih oleh Syaikh Al Albani)
Maknanya salat itu adalah asas yang terpenting setelah akidah. Rukun Islam yang kedua, setelah La Ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah adalah salat. Maka jangan main-main kita menghukum solat orang diterima atau tidak diterima.

Sunday, March 31, 2013

Tauhid

1. Apakah Aqidah ?

Akidah dari sudut etimologi :

Akidah berasal dari kata 'aqd yang bererti pengikatan.
Akidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang.
Akidah itu perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu. (al-Fauzan, Kitab Tauhid).

Akidah dari sudut Syara':

Beriman kepada rukun iman yang enam, iaitu percaya kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya, Hari Akhir dan Qada dan qadar.






Friday, March 22, 2013

Posting dari Ustaz Emran :

Ada orang menamakannya dakwah

Dakwah ialah seruan mengajak manusia kepada Allah SWT tetapi wujud pihak tertentu yang menyeru umat Islam kepada idea dan pemikiran tokoh tertentu. Di sana juga ada orang yang menganggap dia sedang berdakwah tetapi dia sebenarnya menyampai cerita palsu tentang Islam, hadith yang tidak sahih dari Nabi salallahualaihiwassalam, memetik hukum fatwa yang menyalahi jumhur ulama' atau fiqh yang ditolak kaedahnya. 

Pada anggapannya dia sedang melakukan kebaikan, sedangkan sebenarnya dia sedang menabur duri-duri dijalanan dakwah sehinggakan para pendakwah yang kemudian terpaksa menghabiskan waktu siang dan malam mereka untuk membersihkan kotoran-kotoran yang telah dihasilkan olehnya. 

Panduan untuk menilai dakwah seseorang ada 3 kaedah, pertama menilai apakah dakwahnya itu mengajak kepada Allah dan Rasul atau menyeru kepada tokoh dan mengambil perantara dari makhluk. Firman Allah SWT : وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ 'Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang Muslimin (menyerah diri)?" [Fushilaat:33]

Kedua, menilai apakah isi kandungan ajaran mereka itu bersumberkan al-Quran dan sunnah mengikut kefahaman Rasulullah dan sahabat atau berdasarkan tafsiran sendiri. Kata Imam Al-Auzaie rahimahullah : عليك بآثار من سلف وإن رفضك الناس، وإيّاك وآراء الرجال وإن زخرفوها لك بالقول 'Hendaklah kamu menetap di atas asar dari para salaf, sekalipun ditolak oleh manusia dan berhati-hatilah engkau dari pendapat manusia sekalipun dia menghiasinya dengan perkataan yang indah. ' [Syaraf ashab Hadeeth]

Ketiga, menilai apakah amalan yang mereka lakukan pernah dilakukan atau didahului oleh para sahabat dan kaum salaf. Kata Huzaifah al-Yamani RA, كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فلا تعبدوها 'Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat rasulullah Salallahualaihiwassalam maka janganlah kamu melakukannya'. 

Saturday, February 09, 2013

Pesta Pilihanraya



Tidak lama lagi pilihan raya akan diadakan, pasti meriah dengan pebagai ragam parti-parti yang bertanding. Kemeriahan ini juga adakalanya menjadi pesta maksiat, peluang mendapat dosa free dan selain dari kemungkinan hilang wang pertaruhan (bagi calon yang bertanding),  dan mungkin ramai juga yang akan hilang 'pahala' atau muflis diakhirat.



Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” 
(Hadith Riwayat Muslim)

Maka hendaklah kita semua ingat, amaran keras diatas, janganlah kita dengan mudah bermain-main dengan apa yang kita kata dan tulis, terutamanya dalam FB dan laman blog. Kita menyangkanya hanya mainan belaka, tetapi ia besar disisi Allah.


Ingatlah doa orang yang dizalimi itu mustajab, 


Allah swt sebut لأنصرنّك ولو بعد حين (ertinya) "Aku akan memberi pertolongan, walaupun selepas beberapa ketika".


Terdapat juga manusia yang begitu mudah mencerca mereka yang telah mati, termasuk para Ulamapun turut dicerca, sekiranya tidak bersetuju dengan pandangannya, apa yang dibenarkan ialah mengeluarkan pandangan yang bercanggah daripada kebenaran tetapi jangan mencerca mereka.


Dalam hadis Nabi saw berkata, لا تسبوا الأموات (ertinya) jangan kamu maki orang yang telah mati, فإنهم قد أفضوا إلى ما قدموا (ertinya) mereka telah pergi bawa apa yang mereka bawa. (Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah)


Kalau dia bawa yang tak baik, dia berjumpalah dengan malaikat dalam kubur. Tak payah kamu yang jatuh hukum, biarkan mereka dengan amalan mereka. Kita tak payah jadi hakim, biarlah Allah azza wa jalla.(salinan dari sini )


Banyak hadis-hadis nabi yang mengarahkan kepada kita supaya jaga lidah. Nabi kita sendiri saw kata,

("إن اللعانين لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة" Dikeluarkan oleh Imam Muslim.)
إن اللعانين orang yang suka melaknat orang, mencelaka orang لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة orang ini tidak boleh jadi saksi dan tidak boleh bagi syafaat pada hari kiamat.

Dan hadis lain lagi, Nabi saw berkata, ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء orang mukmin bukan suka membuat tuduhan kepada orang.
(klik)

Pelabagai isu politik juga akan dibangkitkan, ada tokoh tertentu dituduh terlibat dalam pembunuhan, ada pula dituduh melakukan sesuatu diluar tabii', ada pula YB dituduh makan duit rakyat, zalim dan sebagainya, namun sejauh mana kebenarannya / kesahihannya, tidak dapat pula mereka buktikan dengan jelas dan adakalanya lebih kepada prasangka dan hanya 'sangkaan' sahaja. Ingatlah, kita sepatutnya hanya berkata dan berpegang kepada sesuatu yang jelas kesahihannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".

(Al-Hujurat : 21).

Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) berdusta (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya.
(Hadis riwayat Muslim.)


Maka, janganlah menceritakan semula setiap yang kita dengar tanpa meneliti kebenarannya terlebih dahulu. 




" Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

[Al-Hujurat : 06.]

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".
(Al-Nuur : 19)

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".
(Al-Baqarah : 191).

Sabda Nabi semasa Haji Wada' : Darah kamu, harta kamu, kehormatan kamu, haram atas diri kamu.


Hari ini kita lihat, kehormatan diri manusia telah menjadi mainan, (hanya) kerana perbezaan ideologi, perbezaan pandangan, samada pandangan politik, pandangan pemikiran mazhab, pandangan yang tidak serupa dengan kita sahajalah senang, terus akan dijatuhkan hukuman yang begitu dasyat. Bahkan sanggup mengatakan seseorang ini ahli neraka, orang ini ahli sesat, yang begitu mudah sekali kita lemparkan tuduhan-tuduhan. 


Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 15, :





Sahih InternationalWhen you received it with your tongues and said with your mouths that of which you had no knowledge and thought it was insignificant while it was, in the sight of Allah , tremendous.

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.


Menurut Dr. Abdul Basit, (link), kesalahan yang besar disini termasuklah menyebarkan sesuatu yang kita dengar dan tengok dari Youtube (FB dan sebagainya) seperti tuduhan skandal seks, skandal balak, menuduh membawa ajaran sesat dan sebagainya sedangkan kamu tidak mempunyai ilmu dan maklumat yang tepat tentang perkara tersebut.


Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (HR. Imam Bukhari & Imam Muslim).

Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:
"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Acara umpat menumpat atau ghibah juga mungkin akan menjadi kebiasaan kepada mereka yang bersaing di pentas politik demokrasi, begitu juga para penyokong akan turut sama melakukannya, seolah mereka lupa bahawa dosa mengumpat (ghibah) itu amatlah berat di sisi Allah SWT. 

Hal itu dijelaskan dalam sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya". 
(As-Silsilah As-Shahihah,).

Wajib bagi seseorng yang hadir dalam sesuatu majlis yang sedang mengumpat orang lain, membela saudaranya yang diumpati. Nabi menganjurkannya, sebagaimana sabdanya :  

"Ertinya : Barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan menolak menghindarkan api Neraka dari wajahnya"
(Hadis Riwayat Ahmad)

Ada yang berkata, jika mengatakan sesuatu yang benar pada seseorang itu, ianya boleh dan tidak dianggap menumpat. Sebenarnya perkara ini telah dijawab oleh Nabi melalui hadis seperti berikut :


أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

“Tahukah kalian apa itu ghibah (mengumpat)?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda bersabda, “Iaitu engkau menceritakan tentang saudaramu perkara yang dia tidak suka.” Lalu ditanya kepada baginda, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka baginda bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah mengumpatinya. Dan apabila tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya.” 

(Riwayat Muslim).

Abu Hurairah berkata : Rasulullah SAW ditanya mengenai hal apakah yang paling menyebabkan banyak orang masuk syurga. Rasulullah menjawab : "Takwa dan akhlak yang baik." Kemudian Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah SAW menjawab : "Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)


Nabi saw berkata, 

لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم سباباً ولا فحّاشاً ولا لعّاناً
Nabi sendiri bukanlah seorang yang suka melaknat, bukan orang yang suka memaki, mencerca orang, tidak (Nabi bukan begitu).

Dalam hadis Abu Daud mengatakan,

يا معشر المسلمين wahai orang beriman, ataupun dalam riwayat (lain) يا معشر من آمن بلسانه wahai orang beriman dengan lidah dia, tapi tidak masuk dalam hati dia. (يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ)
لا تتبعوا عورات المسلمين jangan sekali-kali mencari keaiban orang. Sesiapa yang suka mencari keaiban orang, duk memburukkan orang, duk menjatuhkan orang, يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ Allah akan mendedahkan keaibannya walau dalam rumahnya sendiri.

Pernah seorang datang menemui syeikh Abdullah ibnu Al-Mubarak. Dia duduk (men)cerca seseorang di hadapan Syeikh Ibnu Al-Mubarak. Syeikh (Ibnu Al-Mubarak) itu pun (ber)kata, "Hei saudara, kamu pernah pergi berperang melawan Rom?" Lelaki ini kata "Tidak". (Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata), "kamu pernah pergi berperang melawan Parsi?" Dia kata "Tidak". Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata, "Subhanallah, orang kafir (iaitu) Rom dan Parsi selamat daripada kamu, tapi saudara kamu orang Islam tidak selamat daripada kamu."


Hati-hatilah kita para jemaah, daripada menjadi orang yang tidak selamat (seperti yang disebut dalam hadis) المسلم من سلم الناس من لسانه ويده. (Maksudnya:) Orang Islam itu, (adalah) orang yang orang Islam lain selamat daripada lisannya dan tangannya. (Petikan hadis riwayat Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Arnaut) Kalau kita menjadi orang Islam yang mencerca, memaki orang, maka kita belum lagi benar-benar seorang Islam.




(Artikel diatas, adalah kompilasi saya dari pelabagai sumber bacaan dan Youtube di alam maya)...






















Tuesday, January 15, 2013

Fakta penting untuk mengetahui sejarah bermulanya Maulid Nabi.

01. Kerajaan Fatimiyyah atau al-Fātimiyyūn (Bahasa Arab: الفاطميون‎) merupakan wangsa Syiah yang memerintah kawasan Maghrib, Mesir dan Levant dari 5 Januari 910 hingga 1171. Elit pemerintah kerajaan ini merupakan penganut mazhab Ismailiyyah dalam Syiah. (sumber)

02. Baca disini
03. Islamhouse klik
04. Ceramah asal mula maulid Ustz Zainal Abidin
05. Coretan Pakarhowto
06. 4allmuslim.blogspot, klik
07. Hukum menghadiri, islam.or.id klik
08. pondokhabib
09. Ceramah haram bid'ah maulid nabi :
      part 1
      part 2
      part 3
10. Kemungkaran dalam maulid, oleh Rasul Dahri, klik
11. Oleh Azhar Idrus
12. Ceramah oleh Ustz Sofwan Badrie, klik
      klik, klik
 13. Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, klik


Maulidur Rasul akan disambut pada 24hb Januari ini bersamaan dengan 12 Rabiulawwal, tahun yang dipercayai sbg hari kelahiran Nabi. Sebelum menyambutnya, adalah penting untuk diketahui asal usul sambutan ini diadakan. Ia nya bermula semasa pemerintahan kerajaan Syiah Fatimiyah (297-568H) yang pernah menguasai antara Maghribi dan Mesir, selain dari Maulid Nabi, mereka juga merayakan perayaan hari kelahiran Sayyidina Ali, Hassan dll.. Pada tahun 569 H, Kerajaan Al-Ayyubiah telah menghapuskan kebanyakan drp perayaan ini, namun Maulid nabi diteruskan oleh kelompok tertentu dan sehinggalah pada abad ke-7, perayaan Maulid pertama kalinya disambut sbg perayaan rasmi pihak pemerintah di Kota Irbil utara Iraq, dibawah pemerintahan Raja Muzafar Al-Deen (Al-Muzfir) seorg sunni..... Selamat Bercuti...















Wednesday, January 02, 2013

Jihad

Bedah buku "Beginilah jihad dalam Islam", Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan, Pustaka at-Tazkia, Cetakan pertama 1432 H / 2011 M,

1. Jihad adalah perintah Allah yang paling penting setelah rukun Islam yang lima.

2. Sebagian Ulama memasukkan jihad sebagai bagian dari rukun Islam.

3. Al-Hujurat :15 (49:15)

4.Ayat ini membuktikan jihad adalah bukti keimanan kepada Allah dan RasulNya.

5. Jihad adalah mengerahkan segenap upaya dan kemampuan untuk menyebarkan Islam dan mendakwahkannya.

5. Ayat keutamaan jihad, An-Nisa : 95-96 (4:95-96).

Hadis keutamaan berjihad :

" Sesungguhnya di syurga terdapat 100 tingkatan yang Allah telah persiapkan bagi orang-orang berjihad di
jalan Allah, yang jarak diantara 2 tingkatan itu seperti jarak langit dan bumi." (HR Al-Bukhari).

6. Jihad adalah syariat lama yang dibawa para nabi sebelum Nabi kita. [ Seperti yang saya (p) temui dalam Luke 19:27) Sheikh Abdullah al-Faizal dlm Youtube


Begitu juga sejarah nabi Musa yang diselamatkan oleh Allah dari kezaliman Fir'aun, dan memerintahkan mereka memerangi kaum kafir untuk membebaskan Baitul Maqdis, (Al-Maidah : 20-26) (5:20-26).

Dan ramai lagi para Nabi yang diperintahkan untuk berjihad dijalan Allah sebelum Nabi Muhammad SAW, rujuk ayat (Ali-Imran: 146-147). Ikuti penjelasan Ustaz Shofwan Badrie.

Begitu juga sejarah Nabi Sulaiman dalam Surah An-Naml : 36-37.
(27:36-37).

Jadi, jihad dijalan Allah adalah syariat lama dalam syariat-syariat para nabi, dan bukan ajaran baru yang dibawa Islam. Kerana itu, ketika Allah mengutus NabiNya, Muhammad SAW, maka Dia memerintahkannya berjihad setelah kaum Muslimin memiliki kekuatan dan persiapan. Allah memerintahkan berjihad dijalan-Nya untuk meninggikan kalimat Allah, menyebarkan agama ini di muka bumi, dan membebaskan orang-orang yang tertindas dan dilarang masuk ke dalam agama Islam (ms 20).

Adakah tujuan jihad ialah untuk menguasai kerajaan-kerajaan dan meluaskan kekuasaan ? 

Ianya bukanlah tujuan jihad, ia hanyalah kesan (efek).

Tujuan utama jihad ialah;


2:193
Sahih International
Fight them until there is no [more] fitnah and [until] worship is [acknowledged to be] for Allah . But if they cease, then there is to be no aggression except against the oppressors.
Indonesian
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.

Rujuk juga At-Taubah : 14-16.

7. Al-Baqarah : 246 :

Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang". Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.


Dalam ayat " Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah", menunjukkan bahawa urusan jihad itu dikembalikan kepada pemegang kekuasaan dan ia dituntut untuk memerintahkan jihad, mengatur jihad dan pasukan serta mengerahkannya (ms 15).