Tuesday, January 27, 2009

Frederic Oumar Kanoute Menjulang Palestin di Arena Bolasepak Antarabangsa

Posted by : shahnor77 on Tuesday, January 27, 2009 - 01:13 PM CCT 74 Reads Printer Friendly Page Printer Friendly Page 
News
 

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville.  Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.



Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”.  Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo La Coruna;  Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau;  Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau;  Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.  Sungguh pandai dan sungguh bijak.  Alhamdulillah… :D .

Berikut adalah video yang saya petik dari youtube: 

Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning.  Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu. 

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

  1. Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville.  Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat.  Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD).  Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya.  (Baca lanjutan diIslamonline.net)

  2. Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM.  Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho.  Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa.  Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim.  (Baca lanjutan di Islamonline.net)

  3. Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian.  Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

  4. Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM.  Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya…aduh, cemburunya.

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar. 

wAllahu ta’ala a’lam.

Sumber: http://muzir.wordpress.com/2009/01/20/frederic-oumar-kanoute-menjulang-palestin/

No comments: