Sunday, September 15, 2013

Ringkasan dari 
laman UIS

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
“Di antara tanda-tanda Hari Kiamat adalah diangkatnya ilmu dan kejahilan berleluasa.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari para hamba, tetapi Allah mencabut ilmu dengan dimatikan para ulama, sehingga apabila ulama tidak tersisa lagi, manusia akan mengambil orang-orang yang jahil, maka mereka (orang-orang jahil) ditanya maka mereka berfatwa tanpa ilmu. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bermulanya sejarah perkembangan mazhab adalah terhasil dari perkembangan ilmu dengan fokus utamanya ialah Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber ilmu (ilmu fekah). Ilmu Feqah telah mula dibukukan dan disusun pada zaman Tabi' Al-Tabi'in.

Namun selepas generasi Tabi' Al-Tabi'in, fokus kajian telah beralih kepada mempelajari Mazhab dan ilmu yang dibawa oleh Ulama-ulama Mazhab, ia bermula dengan ilmu kemudian bertukar menjadi Mazhab.
Fokus mula beralih dari fokus kepada Al-Quran dan Sunnah kepada fokus kepada Mazhab.  Kata-kata ulama dalam mazhab itu menjadi sumber utama kepada ilmu fekah yang dibincangkan, manakala dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah seakan-akan diketepikan dan dilupakan.
Pada suatu ketika sampai ke satu tahap di mana kata-kata ulama itu menjadi dalil dan hujjah. Bahkan jangan terkejut kalau kita lihat tidak ada dalil Al-Quran dan Sunnah yang disebut dalam buku-buku fekah mazhab. Apa yang ada semuanya aqwal Ulama (kata-kata Ulama).
Maka beralihlah umat Islam dari ittiba’ kepada Al-Quran dan Sunnah menjadi taqlid kepada mazhab. Pada tiga generasi pertama, keutamaan diberikan kepada ittiba’ Al-Quran dan Sunnah, tetapi pada generasi yang datang berikutnya sehinggalah ke hari ini, ia telah beralih kepada taqlid kepada mazhab (ikut mazhab semata-mata).
Baca selanjutnya disini : klik








No comments: