Friday, March 27, 2015

Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

:three::eight: Berapakah jumlah sahabat nabi..dan berapa ramai yg terlibat dalam pengriwayatan hadis serta siapakan sahabat nabi yg terakhir meninggal dunia?

J: Jumlah sahabat nabi terlalu banyak, ada yang mengatakan lebih 100 ribu, ada yang mengatakan 12 ribu, ada yang mengatakan seluruh penduduk kota Mekah dan Taif serta Madinah, ada yang mengatakan terlalu banyak, tidak cukup untuk dikira dan dikumpul dalam sebuah kitab yang besar.

Dalam al-Isobah karya Ibnu Hajar, beliau mengumpulkan sebanyak 12308 nama.

Sahabat yang terakhir meninggal dunia ialah Abu Tufail Amirbin Wathilah al-Laithi, meninggal pada tahun ke seratus hijrah. Disebut oleh Imam Muslim dalam Sahihnya dan Ibnu Hajar didalam al-Isobah.



:three::nine: Almarhum syeikh albani terkenal dgn usaha beliau dlm menilai status sesuatu hadis...adakah ustaz2 hadis di malaysia mampu menilai sesuatu hadis atau sekadar menaqal/ mengambil hasil ulamak spt almarhum..

Ulama Muhaddith seperti Syeikh Albani, Syeikh Syuaib Arnaout, Syeikh Ahmad Syakir dan yang selevel dengan mereka bukanlah semudah-mudahnya. Amat sukar untuk menjadi seperti mereka ini. Kebanyakan ulama di Malaysia dan para asatizah memang menaqal daripada mereka ini.

Ya, kita tidak nafikan ada para asatizah di Malaysia yang mampu mentakhrij hadith serta menghukum hadith tersebut, tetapi golongan mereka terlalu sedikit dan hadith yang mereka hukum pun terlalu sedikit, kebiasaannya hasil kajian mereka ketika membuat master atau phd.

Wallahu a'lam.

Mungkin ramai tidak tahu, bahawa orang seperti Akhi Fathi as-Sakandari, mereka hanya menukil dan menterjemah daripada hadith yang telah dihukum oleh guru-guru mereka sahaja. Cuma apa yang saya perhati, mereka seperti ini telah mentadliskan (menggugurkan) nama guru mereka untuk diganti dengan nama mereka.

Sebab apa?

Wallahu a'lam.

HH
3:45:13 AM
Huzaifah Hadis
:four::one: Selepas terkumpulnya hadis2 dalam sunnan sittah..msh ada ke lagi ke hadis yg belum dikumpulkan..dan siapakah imam terakhir yg mengumpul dan membukukan hadis?

J: Adakah yang saudara maksudkan ialah hadith sahih atau hadith secara umum?

Jikalau hadith sahih, pengumpulan hadith ke dalam sebuah kitab yang khusus telah dilakukan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Sesudahnya iaitu bermula at-Tirmidzi sehingga ke Ibnu Majah, mereka tidak menulis sedemikian.Mereka menulis atas dasar mengumpulkan kesemua hadith sebab itu dipanggil Sunan dan bukan Sahih.

Apa yang saya ketahui, imam yang paling akhir mengumpulkan hadith-hadith ini ialah Imam al-Baihaqi didalam kitabnya Sunan al-Kubra.

Kitab-kitab sahih lain tidak termasuk dalam kategori Sahihain kerana terdapat kritikan para ulama' terhadapnya.

Antara kitab sahih ialah:

1: Sahih Ibnu Khuzaimah
2: Sahih Ibnu Hibban
3: Mustadrak ala as-Sahihain oleh al-Hakim.

Wallahu a'lam.
HH
5:00:02 AM
Huzaifah Hadis
:four::two: Boleh jelaskan maksud sahabat..tabien dan tabei' tabein...serta bilakah tamat zaman utk 3 generasi tersebut...?

Sahabat: Mereka yang beriman dengan nabi, berjumpa dan melihat nabi dan mati dalam keadaan muslim walaupun pernah berlaku murtad. (Pendapat yang paling tepat)

Mukhodrom: Mereka yang hidup sezaman dengan Rasulullah semasa jahiliyah dan semasa Islam tetapi tidak berjumpa dengan nabi.

Tabiin: Mereka yang tidak sempat berjumpa Rasulullah dan hanya bertemu dengan sahabat.

Tabi' tabiin: Mereka yang bertemu dengan tabiin dan tidak berjumpa dengan sahabat.

Zaman tamatnya tiga generasi adalah pada 220 hijrah mengikut pendapat as-Suyuti.

Wallahu a'lam.
5:02:52 AM
:four::three: Brpkah jumlah hadis yg telah dimansukhkan dari sudut penghujahan hukum..dan adakah ulamak sepakat dalam menentukan sesuatu hadis yg tlh dimansukhkan?

Wallahu a'lam..ana tak tahu
5:04:16 AM
:four::six:Adakah kreteria menentukan seseorang rawi itu thiqah.,soduq dan sebagainya berbeza2 syarat antara seseorang mukharrij hadis?

Ada, nanti kita akan belajar lebih detail dalam bab al-Jarh Wa Ta'dil

Sultan Jamal
Dlm group ini ada beberapa org Ustaz:
3:13:20 PM
1. Ustaz Huzaifah, B.A Hadis Madinah. 2. Ustaz Ahmad Fauzan, B.A Hadis UiA & Master Hadis Jordan. 3. Ustaz Syarifuddin as-Sarawaky B.A Madinah. 4. Ustaz Abu Thaqiq B.A Syariah Madinah. 5. Ustaz Sulaiman Nuba B.A UM, tengah buat master di UM, 6. Ustaz Ahmad Fazrin. B.A UiA, tengah sambung master....
3:15:27 PM
7. Ustaz Reza Khamaruddin. 8. Ustaz Hidayat As-Syafie....
3:15:46 PM
Penuh dengan ilmuan Sunnah..




hadith maqbul terbahagi pada empat kategori
10:06:38 PM
2 kategori sahih
10:06:46 PM
2 kategori hasan
10:07:14 PM
hadith maqbul ialah hadith yang diterima buat berhujjah dabn berdalil
10:07:23 PM
lawannya hadith mardud
10:07:43 PM
hadith mardud terbahagi kepada dua kategori besar
10:07:54 PM
1: saqat (gugur) perawi
10:08:20 PM
2: celaan pada perawi
10:08:44 PM
kemudian beralih pada hadith muhkam
10:09:57 PM
muhkam: sekiranya hadith tersebut tidak bercanggah dengan hadith lain- semua ni dalam kategori hadith sahih
10:10:14 PM
nasikh- hadith yang terdahulu
10:10:26 PM
mansukh-hadith yang terkemudian
10:11:17 PM
Bila bertembung dua hadith sahih :
10:11:29 PM
jikalau mampu gabung, maka gabungkan
10:11:52 PM
jikalau tak mampu gabung, maka dilihat dari sudut nasikh dan mansukh
10:12:09 PM
jikalau tak mampu, maka tarjihkan antara kedua-duanya
10:13:09 PM
dalam sudut pentarjihan : sekiranya hadith sahih bertemu dengan hadith yang lebih sahih
10:13:28 PM
maka yang sahih itu dipanggil hadith syadz
10:13:44 PM
dan yang paling sahih itu dipanggil hadith mahfuz
10:13:57 PM
jikalau sahih bertemu dengan dhaif


No comments: