Saturday, September 22, 2018

Kuliah Hadis 40

Ustaz memulakan dengan mengambil tulisan Al-Hafizh Ibnu Rajab rahimahumullah (meninggal 795 H), dalam kitab syarahnya iaitu Jami' ulul al Hikam (Panduan Ilmu dan Hikmah). Ibnu Ash-Shalah (meninggal 643H), telah membaca 26 hadis dalam majlis ilmunya. 

Berikutnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi atau yang lebih dikenal dengan sebutan Imam Nawawi yang wafat tahun 676 H, menyalin kedua puluh enam hadits tersebut, serta menambahkan beberapa hadits hingga berjumlah empat puluh dua hadits ke dalam buku yang dikenal dengan sebutan Al-Arba'in An Nawawiyah. Berkat daripada keikhlasan dan niat yang murni maka orang mendapat manfaat dan kitab hadis ini dipelajari selama ratusan tahun disetiap majlis dan kuliah. 

Ibnu Rejab menambah lagi 8 hadis, maka genaplah 50 hadis.


Abdullah bin Mubarak  (eninggal 181H) mengatakan:
الْإِسْنَادُ مِنَ الدِّينِ وَلَوْلَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ
“Sanad itu bagian dari agama. Kalaulah tidak ada sanad, orang akan sesukanya mengatakan apa saja yang dia inginkan.” (Diriwayatkan Muslim dalam Muqaddimah Shahih-nya, 1/15)


Sanad itu adalah tuntutan agama, tanpa sanad sesiapapun boleh bercakap apa saja yang dia mahu.


Dalam hadis pertama, Imam Nawawi terus sahaja menyebut nama Umar dan tidak menyebut semula sanad hadis tersebut, bagi memudahkan orang menghafalnya, kerana sanad ada pada sumber primer (Kitab Bukhari dan Muslim).

Ali al Madini, guru Imam Bukhari, belajar Hadis ini bukan sekadar belajar matan (Teks) hadis tetapi ada dua, iaitu kena tahu tentang sanad dan perawi, itu sangat penting dan tahu tentang syarah matan. Kebiasannya tempat kita hanya syarah matan sahaja tanpa menekankan tentang sanad. Ilmu hadis mesti kena ada ilmu tentang perawai dan ilmu al-Jarh Wa al_Ta'dil ( Ilmu mengenai kecacatan dan keadilan perawi hadis).

Sanad Hadis menurut Ibnu Rejab al Hanbali :

Rasulullah saw 
Sayyidina Umar
Qamah Waqqas al Laisi 
Muhammad bin Ibrahim at Taimi 
Yahya bin Said al-Ansari

4 orang ini mengambil seorang seorang sehingga bersambung kepada Nabi saw.
Hadis ini memenuhi syarat hadis yang sahih kerana sanadnya bersambung walaupun seorang. Hadis ini dipanggil Hadis Gharib, iaitu hadis yang diriwayatkan hanya daripada satu jalur, hanya seorang sahaja meriwayatkan hadis ini daripada Rasulullah saw.

Tidak ada jalur lain, begitulah yang dikatakan oleh Ali al Madini (Meninggal, 234H), guru Imam al Bukhari. 

Ada juga yang mengatakan hadis ini diriwayatkan melalui Said al Khudri dan ada juga dari jalur sahabat lain. Namun disisi para Ulama hadis menafikan dan hanya satu sahaja riwayat iaitu dari Sayyidina Umar hingga Yahya bin Said al Ansari.








No comments: