Sunday, March 28, 2021

JENIS-JENIS CORPORATE EXERCISE DAN KESANNYA KEPADA STOCK PRICE

 JENIS-JENIS CORPORATE EXERCISE DAN KESANNYA KEPADA STOCK PRICE


Terdapat banyak sebab kenapa sebuah syarikat melaksanakan corporate exercise. Sebab utamanya ialah utk mendapatkan dana tambahan daripada pemegang saham untuk mengembangkan syarikat. Namun, ada juga syarikat yang melaksanakan corporate exercise untuk menonjolkan imej, ada juga kerana mahu mengelak daripada dikuasai syarikat lain.


Walau apa pun pilihan corporate exercise yang dilakukan syarikat, ia akan memberikan kesan paling tidak pun kepada stock price serta kedudukan pemegang saham di dalam syarikat. Oleh itu, penting untuk memahami kesan setiap corporate exercise agar kita boleh bertindak sewajarnya.


Berikut adalah senarai utk beberapa corporate exercise.

1. Bonus issue.

2. Right issue.

3. Private placement.

4. Dividend.

5. Share buyback.

6. Stock split.

7. Stock consolidation/reverse stock split.

8. Acquisition.

9. Merger.


BONUS ISSUE


Bonus issue ialah apabila syarikat memberikan share tambahan kepada pemegang sahamnya percuma sebagai satu bentuk bonus.


Bagi menghargai dan mengekalkan sokongan pemegang saham kepada syarikat, menjadi kebiasaan untuk syarikat memberikan bonus. Kebiasaannya, bonus diberikan dalam bentuk dividen. Tetapi, adakalanya syarikat nak preserve cash level mereka lalu mereka memilih untuk membayar bonus dalam bentuk share pula.


Walaupun bonus issue menjimatkan cash, ia sebenarnya lebih mendatangkan kos kepada syarikat berbanding membayar dividen. Ini kerana jika pada masa akan datang syarikat nak mengekalkan jumlah dividen per share, ia perlu berbelanja lebih banyak duit disebabkan pertambahan jumlah share di dalam market.


Disebabkan berlaku dilution share dan kebimbangan tentang prestasi pembayaran dividen pada masa akan datang, kebiasaannya bonus issue akan menyebabkan kejatuhan stock price sebelum ia kembali mengikut fundamental syarikat.


RIGHT ISSUE


Right issue ialah apabila syarikat menawarkan pemegang saham untuk membeli saham syarikat pada harga diskaun. Tujuan utama right issue ialah sebab syarikat nak minta suntikan modal tambahan daripada pemegang sahamnya.


Right issue menyebabkan berlaku dilution share di dalam market. Oleh itu, kesan sementara right issue ialah kebiasaannya berlaku kejatuhan stock price. Selain itu, stock price juga boleh jatuh berdasarkan tujuan apa modal tambahan itu mahu digunakan. Jika ia digunakan utk membayar hutang, market mungkin tidak suka dan ini menyebabkan kejatuhan stock price yang lebih besar. Jika ia digunakan untuk projek tertentu yang mempunyai prospek yang baik, market mungkin suka dan ini menyebabkan kejatuhan stock price bersifat sementara.


Apabila pemegang saham mendapat tawaran ini, mereka boleh buat salah satu daripada 3 perkara berikut ini ;


1. Menjual right issue. 

2. Menerima tawaran membeli saham syarikat.

3. Tak buat apa-apa.


Right Issue ini akan ada kod OR dibelakang nama sahamnya dan ia hanya disenaraikan selama seminggu sahaja.


Kebiasaannya, pemegang saham akan memilih sama ada menjual right issue atau menerima tawaran membeli saham syarikat. Jika shareholder memilih menjual right issue, profit yang mereka dapat sekurang-kurangnya mengurangkan kesan kejatuhan stock price. Jika shareholder memilih menerima tawaran membeli saham syarikat,  saham tambahan yang mereka dapat sekurang-kurangnya mengurangkan kesan dilution ke atas peratus pegangan mereka dalam syarikat.


Yang paling rugi ialah mereka yang tak buat apa-apa. Sudahlah stock price jatuh, pegangan pula menjadi lebih dilute. Mahu tak mahu, pemegang saham mesti berbuat sesuatu ke atas right issue.


PRIVATE PLACEMENT


Private placement ialah apabila syarikat menawarkan pelabur-pelabur luar tertentu untuk membeli saham syarikat pada harga diskaun. Bukan semua orang akan dapat private placement, hanya pelabur tertentu sahaja dan atas jemputan semata-mata.


Tujuan utama private placement ialah untuk mendapatkan suntikan modal tambahan. Selain itu, private placement juga digunakan untuk menarik orang-orang korporat yang berpengaruh untuk menjadi shareholder dan seterusnya mengukuhkan lagi shareholder base syarikat.


Disebabkan kesan dilution akibat daripada pertambahan saham-saham syarikat untuk membesarkan shareholder base, stock price seharusnya akan jatuh dan pegangan shareholder juga akan dilute. Tetapi, stock price boleh naik kerana utk menarik shareholders baru menerima private placement, stock price perlu naik agar shareholders baru boleh memperoleh keuntungan.


Selain itu, stock price juga boleh naik jika market bersetuju modal tambahan akan digunakan utk tujuan pertumbuhan dan market bersetuju jika shareholder baru bakal memberikan kesan positif kepada syarikat.


DIVIDEN


Dividen ialah jumlah cash yang dibayar oleh syarikat kepada shareholders mengikut jumlah pegangan saham mereka. Dividen datangnya daripada retained earning syarikat yang mana ia juga bermaksud dividen sememangnya milik para shareholder.


Apabila syarikat untung, value shareholder equity juga akan meningkat dalam bentuk retained earning. Namun, untuk memulangkan retained earning ini kepada shareholder, syarikat perlu melihat kepada paras cash yang ia ada. Oleh itu, apabila syarikat mempunyai lebihan cash, ia mempunyai 2 pilihan - sama ada gunakan semula lebihan cash untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat lantas meningkatkan value shareholder equity atau gunakan lebihan cash untuk memulangkan semula value shareholder dalam bentuk dividen, atau kedua-duanya sekali.


Walaupun dividen tidak melibatkan dilution pada pegangan shareholder, ia menyebabkan kejatuhan stock price kerana value shareholder yang berkurang setelah pembayaran dividen dibuat.


SHARE BUYBACK


Share buyback ialah apabila syarikat membeli semula saham-sahamnya daripada para shareholder dalam pasaran.


Apabila syarikat mempunyai lebihan tunai, selain daripada membayar dividen, syarikat juga boleh menghargai para shareholder dengan cara menambah nilai pegangan shareholder. Ini kerana apabila syarikat melaksanakan buyback, ia mengurangkan jumlah saham yang terapung, sekaligus menambahkan peratus pegangan shareholder yang ada. Oleh itu, jika ada pembayaran dividen pada masa akan datang, dividen per share akan turut meningkat.


Selain itu, syarikat juga melaksanakan buyback untuk mengambil kesempatan atas stock price syarikat yang dalam keadaan undervalued.


Atas sebab ini, maka kebiasaannya share buyback akan menyebabkan harga saham meningkat.


STOCK SPLIT


Stock split ialah apabila syarikat menggandakan bilangan sahamnya yang wujud tanpa mengubah jumlah market capital atau modal pasarannya. Oleh itu, apabila berlaku stock split, bilangan saham yang dipegang shareholder akan berganda mengikut gandaan stock split.


Disebabkan bilangan saham berganda tetapi market capital tidak berubah, maka kesannya ke atas stock price ialah stock price akan jatuh. Selain itu, stock split tidak menyebabkan dilution kepada pegangan saham para pemegang saham.


Stock split sebenarnya menandakan prestasi syarikat yang cemerlang sehingga stock price meningkat menjadi mahal dan mula menyukarkan jual beli. Oleh itu, syarikat melaksanakan stock split untuk menurunkan harga saham supaya ia lebih murah lantas menjadikannya lebih cair.


Oleh itu, walaupun stock price jatuh selepas stock split, ia akan naik semula disebabkan prestasi syarikat yang cemerlang.


STOCK CONSOLIDATION


Stock consolidation ialah reverse stock split. Ia adalah apabila syarikat mengurangkan bilangan sahamnya yang wujud tanpa mengubah jumlah market capitalnya. Oleh itu, apabila berlaku stock consolidation, bilangan saham yang dipegang para shareholder akan berkurang mengikut nisbah stock consolidation.


Disebabkan bilangan saham berkurang tetapi market capital tidak berubah, maka kesannya ke atas stock price ialah stock price akan naik. Selain itu, stock consolidation tidak menyebabkan dilution kepada saham pegangan para shareholder.


Stock consolidation sebenarnya menandakan prestasi syarikat yang buruk sehingga stock price merosot menjadi terlalu murah dan disebabkan kehilangan minat market. Oleh itu, syarikat melaksanakan stock consolidation untuk menaikkan stock price supaya ia kelihatan lebih menarik dan seolah-olah market masih mempunyai minat terhadap stock tersebut.


Oleh itu, walaupun stock price naik selepas stock consolidation, ia akan jatuh semula bagi mencerminkan keadaan sebenar syarikat.


ACQUISITION


Acquisition ialah apabila syarikat menguasai syarikat yang lain yang mana syarikat yang dikuasai akan hilang identiti kepada syarikat yang menguasai. Eg : Kenanga take over ECM


Acquisition ialah satu cara mudah untuk syarikat berkembang. Dengan acquisition, syarikat boleh mendapat customer base, market, aset, human resource dengan lebih mudah tanpa perlu membangunkannya dari awal. Selain itu, acquisition juga adalah satu cara utk mengurangkan persaingan dan seterusnya menstabilkan industri jika industri tersebut mempunyai terlalu banyak persaingan.


Kesan acquisition terhadap stock price berbeza di antara syarikat yang menguasai dan syarikat yang dikuasai.


Bagi syarikat yang menguasai, acquisition akan menyebabkan stock pricenya jatuh. Ini kerana syarikat terpaksa membayar pada harga premium agar membolehkan acquisition berlaku. Selain itu, syarikat juga terpaksa menampung kos tambahan utk meregulasikan semula syarikat selepas acquisition.


Bagi syarikat yang dikuasai pula, acquisition akan menyebabkan stock pricenya meningkat. Ini kerana nilai syarikat yang meningkat apabila perlu dibayar premium utk membolehkan acquisition berlaku.


MERGER


Merging ialah apabila 2 syarikat bersatu menjadi satu syarikat yang mana kebiasaannya kedua-dua syarikat masih boleh mengekalkan identiti masing-masing. Eg : SapuraKencana


Merger biasanya dilakukan utk mengurangkan kos. Dengan merging, syarikat boleh meningkatkan produktiviti serta menyatukan operasi yang mana ini seterusnya membawa kepada pengurangan kos. Selain itu, merging juga membolehkan syarikat memberikan servis yang lebih baik kepada customer. Apabila 2 syarikat memberikan servis yang saling melengkapi kepada customer, adalah lebih baik jika kedua-dua syarikat ini bergabung supaya servis yang diberikan akan menjadi lebih menyeluruh.


Untuk itu, apabila berlaku perubahan di dalam industri atau berlaku keadaan downtrend, 2 syarikat yang bergabung menjadi lebih besar itu mempunyai lebih peluang untuk survive berbanding jika mereka bersendirian.


Kredit to EmpayarSaham

Edited by FY

C&P


PS - Sila simpan nota ini...

No comments: