Tuesday, July 17, 2012

Menghayati inspirasi Syaaban
Oleh Dr Fadlan Mohd Othman 

MEMANG diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa kebanyakan hari dalam bulan Syaaban. Apabila ditanya kenapa, Baginda menjawab: “Ia bulan yang dilupai kebanyakan manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah satu bulan yang diangkat amalan kepada Tuhan sekalian alam. Justeru aku suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasa’i, Kitab al-Siyam, Bab Saum al-Nabi s.a.w. No. 2357. Dinilai hasan oleh al-Albani.)

Hadis ini adalah satu daripada hadis sahih dan hasan yang membicarakan perihal kelebihan bulan Syaaban. Hadis ini juga adalah galakan agar umat Islam memperbanyakkan puasa pada bulan ini. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa ibadah dalam Islam adalah satu perkara sesuai dengan naluri suci manusia. Rasulullah mengajar kita agar beribadah kepada Allah s.w.t setinggi yang kita mampu. Baca link UFMO

No comments: