Tuesday, January 01, 2013

Adakah Jihad di Palestine..

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=qZUfNimKnzI

Video diatas adalah pendapat Syeikh Al-Albani mengenai isu jihad di Palestin, berikut adalah beberapa pendapat beliau :

01. Sekarang tidak ada jihad di Palestine (1.31-1.36).
02. Kewajiban bagi penduduk Palestine ialah perlu melakukan apa yang telah dilakukan oleh golongan muhajirin dahulu (1.48).
03. Bukan jihad sebab, jihad memerlukan persiapan dari sudut rohani dan fizikal. Kedua-dua sudut ini belum terlaksana di Palestine.
04. Maka terdapat dua pilihan kepada orang palestine, pertama : tunduk kpd pemerintahan ini yng kufur lagi zalim, dan hal ini tidak dibolehkan atau berhijrah dan inilah yang menjadi wajib. Allah berfirman, " Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya." ( Al-Nisaa' : 97).
05. Puji-pujian yang diberikan hanyalah satu fatamorgana yang disangka air oleh musafir yang dahaga. (4.20). Seperti buih-buih sabun, atau awan-awan yang berkumpul ketika musim panas yang sejurus ia berkumpul ia terlerai, ia tidak membawa sebarang hujan.
06. "Sekiranya kamu membela (agama)Allah, Allah akan membela kamu" (Muhammad : 7), orang-orang Islam pada hari ini membela Islam pada secara umumnya, adakah mereka membela (agama) Allah ? Sekiranya Ya, ia antara dua, sama ada dia berdusta, dan inilah hakikatnya atau janji Allah itu dusta, dan ini adalah satu kekufuran.
07. Tidak mungkin kemenangan akan dikecapi buat orang-orang Islam selama mana mereka tidak membela (agama) Tuhan sekalian alam,.. bersambung


No comments: