Monday, December 29, 2014

Nasihat 1

01. Setiap orang akan membesar dan mahu atau tidak satu hari nanti dia akan mencari makan sendiri tanpa bantuan ibu dan bapa.

02. Ibu dan bapa hanya membantu anak-anak supaya dapat menyiapkan diri untuk menghadapi kehidupan masa depan mereka. Masa depan itu termasuklah kehidupan didunia setelah dewasa dan kehidupan akhirat.

03. Masa depan bergantung kepada apa yang kamu BUAT pada HARI INI. HARI INI adalah amat penting untuk masa DEPAN.

04. Pekerjaan paling mudah ialah makan, minum, main game dan menonton TV. Tetapi ia tidak menjanjikan apa-apa. Cuma seronok sementara kerana semua itu Ibu dan ayah yang bayar. Bila kamu dewasa, semua itu perlu kamu yang membayarnya.

05. Segalanya di dunia perlu DUIT. Cari kerja untuk dapat DUIT. Kerja ada pelbagai jenis.

06. Masa depan orang bersaing nak dapatkan kerja. Ramaim orang ada kelulusan tinggi dan bersaing. Kalau TIADA KELULUSAN atau KELULUSAN CUKUP MAKAN, macam mana nak bersaing dapatkan kerja ?

07. Orang maju gunakan otak untuk berfikir masa depannya.. Bukannya untuk bersenang lenang tanpa belajar.

09. Belum ada orang boleh berjaya tanpa belajar. Nak Cuci Jamban pun kena belajar cara mencuci jamban dengan betul.

10. Sekurang-kurangnya kamu hendaklah lebih baik dari ayah dan Ibu. Bukannya lebih rendah dari Ibu dan ayah.

11. Cuba bayangkan kalau ibu dan abah tiada sekarang.. Apa harus kamu buat untuk mencari makan ?

No comments: