Thursday, December 18, 2014

Ustaz Emran (FB)..

Fitnah terhadap Islam melalui apa salahnya..
Benarlah kata Hasan al-Basri rahimahullah;
إن هذه الفتنة إذا أقبلت عرفها كل عالم وإذا أدبرت عرفها كل جاهل
'Sesungguhnya fitnah ini apabila ia muncul maka ia hanya diketahui oleh semua mereka yang alim sahaja dan apabila ianya telah beredar barulah ianya diketahui oleh semua mereka yang jahil.' [al-Tabaqat, Ibn Sa'd dan Tarikh Al-Kabir, al-Bukhari]
Maksudnya apabila nanti nasi dah jadi bubur, barulah manusia awam akan mengerti dan faham akan fitnah yang telah menimpa mereka.


Kala sang purdah telah ternoda dalam dakapan sang jantan bukan mahram, baru disedari secebis kain ini tak bernilai rupanya tiada guna TANPA aqidah, Iman dan berpegang kepada al-sunnah kerana itulah penyelamat.
Kala sang penari dangdut pun berdangdut sambil menutup aurat, baru disedari bahawa menutup aurat ialah keutamaan ke-11 selepas memahami tauhid, aqidah, iman dan al-sunnah. Barulah pakaian yang menutup badan dipakai bukan untuk di'snap' gambarnya agar ditayang dalam FB tetapi untuk melindungi diri dari dipandang lelaki demi menjaga maruah diri.
Kala sang gadis yang berstokin lengan dan dagu telah 'clash' 14 kali dengan jantan dan akhi-akhi muslimin barulah mungkin disedari bahawa benteng diri yang sebenar ialah Iman dan taqwa bukannya kain kecil sebesar sapu tangan.
Kala anak-anak gadis yang membesar dengan berkhayal melalui nasyid-nasyid jiwang-islami itu bertemu Dajjal dan mengikutnya barulah mungkin akan disedari bahawa rupa-rupanya mengaji al-Quran, hadith-hadith Al-Bukhari dan Muslim atau fiqh aqidah adalah sepatutnya menjadi keutamaan DAHULU sebelum nak ajar cara nak lilit tudung atau pasang pin Tutup muka.
Pesan Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah;
الفتنة لها سببان: إما ضعف العلم، وإما ضعف الصبر، فإن الجهل والظلم أصل الشر
'Fitnah memiliki dua sebab: (1) Sama ada kerana kelemahan dalam ilmu, atau kerana (2) Kelemahan dalam sabar. Sesungguhnya kebodohan dan kezaliman itu adalah pokok atau asal bagi segala keburukan.'
[Al-Furu', Ibn Muflih]
# Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam fiqh al-taharah tidak bersetuju mengetatkan batas wajah dan menganggap dagu bukanlah aurat.
Tak payahlah mengamuk kalau nak pegang pendapat mengatakan ianya wajib takut stok kain penutup dagu tu tak laku. Tetapi jangan pengaruhi insan lain.
Apapun, sebelum kamu nak pegang pendapat Tutup dagu tu wajib,eloklah Tutup FB yang mendedahkan bukan sahaja gambar kamu tetapi perangai dan maruah kita yang lebih sulit dari itu.
Fikir-fikirkan. WA

No comments: